Perjuangan menuntut kemerdekaan belum selesai

MARANG - Perjuangan memerdekakan manusia belum selesai sehinggalah Islam didaulatkan, hukum Allah Allah ditegakkan dan syariat Allah diamalkan.

Sebaliknya menurut Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, selagi hukum Islam tidak berdaulat, syariat Allah tidak diamalkan semuanya, menandakan perjuangan kita belum selesai.

"Ketahuilah, umat Islam belum merdeka daripada penjajah Inggeris, penjajah Perancis, penjajah Itali, penjajah Komunis, penjajah Cina, Rusia dan lain-lain.
[Gambar - Presiden PAS meraikan kunjungan Timbalan Presiden Dewan Himpunan Penyokong PAS, Bala Subramaniam yang hadir kr rumah terbuka sempena 1 Syawal]

"Selagi mereka tidak melaksanakan Islam di tanahair mereka. Selagi hukum Islam tidak berdaulat, syariat Allah tidak diamalkan semuanya, menandakan perjuangan kita belum selesai,"ujarnya ketika menyampai Khutbah Eidul Fitri di masjid Rusila, 1 Syawal Selasa.

Menurutnya perjuangan untuk menyambung risalah yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW untuk mengabdikan diri hanya kepada Allah, belum selesai.

Ustaz Hadi yang juga anggota Parlimen Marang berkata, kebangkitan dengan jiwa yang kaya dan iman yang kuat boleh menjatuhkan kerajaan-kerajaan yang zalim.

Kebangkitan rakyat yang berani yang bersedia untuk mengorbankan diri mereka di jalan raya, yang tidak tunduk pada kezaliman, telah menjatuhkan tiga regim zalim di Asia Barat.

"Tiga buah rejim di Asia Barat tumbang iaitu di Tunisia, Mesir dan Libya, yang dibantu oleh kuasa-kuasa barat (ditumbangkan  oleh)  kebangkitan rakyat yang berani, yang bersedia untuk mengorbankan diri mereka di jalan raya,

"(rakyat) yang tidak tunduk pada kezaliman, kerana jiwa yang kaya bukan jiwa yang miskin dan papa-kedana. Kebangkitan dengan jiwa yang kaya dan iman yang kuat boleh menjatuhkan kerajaan-kerajaan yang zalim,"katanya mengulas perkemabangan di Asia Barat.

Ulasan