MARANG - Kepimpinan baru Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu meneruskan jelajah Bazar Ramadhan pada Jumaat, 5 Ogos.
Setelah ke Bazar Ramadhan Batu Enam Kuala Nerus dan Pasar Chabang Tiga, Yang DiPertua PAS Marang Haji Yahaya Ali yang juga Setiausaha Perhubungan turun ke Bazar Ramadhan bersempena majlis tazkirah dan Iftar di Masjid Pengadang Baru.
Bersama dalam rombongan tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya 2 Haji Muhyiddin Rashid dan Timbalan Pesuruhjaya 3, Dr Alias Razak.
Kehadiran mereka disambut hangat oleh pengunjung bazar terutama golongan muda yang 'agak terkejut' apabila melihat pimpinan PAS bersama-sama masyarakat membeli juadah untuk berbuka puasa.
Pada 8 Ogos, rombongan kepimpinan PAS Terengganu akan berkunjung ke Bazar Ramadhan di bandar Kuala Berang dan bertemu warga Dungun pada 9 Ogos, dalam rangka jadual bertemu dengan seberapa ramai rakyat Terengganu, menjelang pilihanraya umum ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Ulasan