Ramadhan Bulan BERSIH; Persiapan hadapi 'perang' pilihanraya menentang Umno-BN

HULU TERENGGANU - Kempen 1Malaysia yang digerakkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) juga adalah sebuah pertubuhan haram sekiranya BERSIH 2.0 dianggap demikian.

Menurut Ustaz Nasruddin Hassan, Ketua Pemuda PAS Malaysia, BERSIH 2.0 tidak perlu didaftarkan kerana ia bukan sebuah pertubuhan.

"BERSIH bukan sebuah pertubuhan, ia dalah sebuah kempen yang digerakkan oleh lebih 60 NGO, turut disokong oleh (parti-parti dalam) Pakatan Rakyat,

"dia (kerajaan Umno-BN) kata ini BERSIH pertubuhan haram kerana tak daftar, memang kita tak daftar,

"sama macam 1Malaysia, 1Malaysia pun tak daftar,  kalau main kira pertubuhan haram, 1Malaysia pun pertubuhan haram,"jelasny ketika berucap melancarkan Program Ramdhan Bulan BERSIH, di padang bola Teuk Menara dekat sini, Jumaat 29 Julai lalu.

Beliau membidas kerajaan menggunakan isu sensisitif seperti 'komunis' bagi menyekat kebangkitan rakyat dan menuduh BERSIH diresapi fahaman tersebut.

Menurutnya selama ini, kerajaan mendakwa telah berjaya menghapuskan saki baki pergerakan tersebut ditanah air, namun tiba-tiba menghidupkannya kembali isu itu.

"kita ingatkan komunis ini tak ada lama dah, tiba-tiba ada lagi..... Umno kata dia berjaya menumpaskan fahaman komunis, tiba-tiba sehari dua ini ada pulak,

"maknanya Umno selama ini tipu kita (rakyat) (sebenarnya) dia tak berjaya menghapuskan komunis,"jelasnya.

Ustaz Nasruddin berkata komunis tidak lagi merupakan ancaman kerana ia telah lama 'runtuh' di Malaysia dan di seluruh dunia.

Menurutnya, Umno turut menyelewengkan fakta memburuk-burukkan BERSIH terpalit dengan fahaman komunis.

Katanya, fahaman komunis adalah satu fahaman yang anti demokrasi dan pilihanraya sebaliknya BERSIH berhimpun untuk menuntut demokrasi yang tulin dan bersih.

"macaman pula kita yang berjuang nak tegakkan demokrasi diresapi faham komunis dan anti demokrasi....???? Umno ni memikir lagu (cara) mana ni ?? atau Umno tak makan ubat (Umno tidak sihat),"soal Ustaz Nasruddin sinis.

Beliau berkata pelancaran program Ramadhan Bulan BERSIH oleh Dewan Pemuda PAS adalah bertujuan untuk mengekalkan momentum sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Memetik sepotong ayat al-Quran yang mewajibkan puasa Ramadhan, beliau berkata, puasa mendidik diri dan jiwa manusia menjadi bersih sebagai pra-syarat taqwa kepada Allah.

"Nak jadi taqwa kena bersih hati, kena bersih jiwa, untuk tunduk dan patuh kepada Allah, InsyAllah kita masuk bulan Ramadhan untuk membersihkan jiwa agar kita layak menjadi manusia yang bertaqwa,

"dan apabila kita bertaqwa, maka disitulah kita memiliki senjata yang paling kuat, untuk berhadapan dengan Umno dan Barisan Nasional,"tegasnya.

Turut hadir dan berucap dalam Pelncaran Ramadhan Bulan BERSIH itu adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Ridzwan Hashim dan Ketua DAPSY Kebangsaan, YB Anthony Loke Siew Fok yang juga Ahli Parlimen Rasah.

Ulasan