Tambahkan penguatkuasa; pastikan Ramadhan selamat dan dihormati

KUALA NERUS - Pihak berkuasa negeri Terengganu digesa menambahkan jumlah anggota penguatkuasa dan bagi memastikan kesucian bulan Ramadhan yang mulia dipelihara dan dihayati dengn selamat.

"Yang pertama, penguatkuasa ugama, kita (PAS) harap pihak berkenaan dapat menambahkan jumlah anggota penguatkuasa,

"bukan sahaja maksiat pada waktu malam, tapi terang-terang orang beli makanan, jam 12 tengahari dan 'start' itu tidak wajar,"kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dr Alias Razak.

Selain itu, beliau juga meminta supaya pihak pejabat kesihatan memastikan makanan yang dijual  sentiasa diperiksa tahap kebersihannya bagi menjamin tidak ada sesiapa yang mengalami masalah dalam bulan ibadat ini.

Menurutnya, pihak-pihak yang terbabit dalam memastikan bahagian kebersihan makanan ini juga boleh menyebabkan para pelawat dan pelancong tidak datang ke Terengganu.

Beliau yang juga seorang dktor perubatan berkata, kejadian yang berlaku keatas isteri-isteri wakil rakyat dan ahli parlimen baru-baru ini amat memalukan tahap kebersihan kita.

"Kalau isteri YB-YB pun tidak boleh terjaga, kebersihan makanan dan minumannnya, apa lagilah  orang awam dan rakyat jelata,"katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Pasar dan Bazar Ramadhan Batu Enam disini, Selasa 2 Ogos.

Beliau menasihatkan orang ramai mengetahui sumber makanan yang akan menjadi juadah baik waktu berbuka atau pun bersahur.

Kedua-dua waktu tersebut katanya, amat penting bagi membekalkan tenaga untuk kita meneruskan ibadat sepanjang hari dan 'mengaut' setiap peluang pahala yang besar yang disediakan oleh Allah dalam bulan Ramadhan

Lawatan ke bazar-bazar Ramadhan yang dimulakan semalam oleh pemimpin baru Badan Perhubungan PAS Terengganu adalah dalam rangka pertemuan pemimpin dengan seluruh rakyat dinegeri ini.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, pemimpin PAS ingin bertemu muka dan melihat sendiri kesan sosio ekonomi yang sedang melanda negara kita.

"Bazar Ramadhan ada tempat paling sesuai, walaupun masa interaksi agak ringkas, namun bahasa badan, wajah dan muka boleh menggambarkan apa yang rakyat rasakan,"ujarnya ketika dihubungi.

Turut hadir dalah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abul Wahid Endut, Timbalan Pesuruhjaya, Haji Muhyiddin Abdul Rashid, Bendahari Cikgu Shukrimun Shamsuddin dan Penolong Setiausaha Ustaz Zakaria Dagang.

Ulasan