Umno terdesak; ugut rakyat, ugut pegawai

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Umno Terengganu sedang menghadapi masalah pentadbiran yang cukup teruk dengan kedudukan kewangan yang berat sekarang ini.

Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, sebab itulah, Umno sedang mengalihkan isu sebenar yang dihadapinya dengan menuduh PAS dengan pelbagai tuduhan.

"Ya...dia nak alih isu, kerana nereka (Umno) dari segi pentadbiran cukup teruk sekarang ini, dengan kewangan negeri yang berat sekarang ini, dia nak alih isu seolah-olah mereka buat kebajikan kepada rakyat,


 "kebajikan apa (kepada) rakyat sekarang ini, hidup (rakyat) tertekan,"ujarnya dalam sidang media khas selepas penngguhan sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, Selasa 23 Ogos.


Berita lanjut menyusul>>

Ulasan