150 peneroka dilanda ribut; kehadiran Unit Amal disambut baik

Oleh : Mohd Tishaah Hamzah

DUNGUN -  Ribut serta angin kuat yang melanda rumah-rumah peneroka di FELDA Kerteh 5 dan FELDA Kerteh 6, pada petang Sabtu 17 September, menyebabkan hampir 150 buah rumah mengalami pelbagai kerosakan.

Buletinonline dimaklumkan, angka mangsa dijangka akan bertambah apabila Unit Amal PAS DUN Kemasik 'turun padang' sepenuhnya dalam masa terdekat ini.

Operasi awal misi membantu dan menyelamat oleh Unit tersebut bermula pada Ahad pagi dengan kekuatan 10 anggota.


Ketua Unit Amal Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman, Mazlan Chik berkata, beliau telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut pada Sabtu petang dan memutuskan untuk menghantar pasukan petugas pada keesokannya.

(Gambar - kiri : Dua orang anggota Unit Amal sedang bertungkus lumus membasuh lantai salah sebuah rumah mangsa yang dinaiki air dan lumpur akibat ribut angin yang melanda pada petang semalam)

Beliau berkata sebahagian besar kerja-kerja yang dilaksanakan adalah kerja-kerja pembaikian dan mencucui rumah-rumah mangsa.

"pelbagai kerja yang sebahagian besarnya melibatkan membaiki, menggantikan dan mengemas atap serta perabung atap dan membasuh lantai rumah yang dinaiki air dan lumpur,

"(semua kerja) berjaya disempurnakan oleh anggota Amal walaupun kekurangan ahli disebabkan hari ini merupakan hari bekerja,"ujarnya ketika ditemui di lokasi

Selain itu, menurutnya, terdapat banyak pokok bersaiz besar tumbang dan kerja-kerja memotong dan membersihkan mesti dilakukakan segera.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada kepda semua pihak yang menyambut baik kehadiran Unit Amal serta memberikan kerjasama scara bergotong royong.

"Alhamdulillah, para peneroka FELDA yang terlibat dengan kejadian ribut, menyambut baik kedatangan Unit Amal, ada yang berkata telah mendengar banyak berita mengenai aktiviti Unit Amal sebelum ini
"saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu',kata Mazlan.

Ulasan