KUALA TERENGGANU - PAS akan terus memperjuangkan bahasa Melayu dan tidak menganggap bahawa pada bila-bila masa pun pengajian sains dan matematik itu boleh mencapai kejayaan hanya dengan pengajaran dalam bahasa Inggeris.
Golongan yang mahukan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diteruskan disifatkan sebagai golongan yang menggadaikan maruah bangsa.
Pengerusi Lujnah Pendidikan PAS, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik merasa hairan kenapa ada pihak yang bersungguh sangat hendak meneruskan PPSMI.
"Kita merasa hairan kenapa ada pihak yang bersungguh sangat hendak meneruskan PPSMI ini. (Kalau) Dr. Mahathir, kita tidak hairanlah kerana dia yang menggagaskan, membuat dasar dan juga mengambil tanggungjawab,
"Tetapi rakyat dan pakar-pakar dalam pendidikan, bahkan wanita Umno pun membuat keputusan mendesak penghapusan PPSMI dan kerajaan telah pun membuat keputusan,"ujarnya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahun Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyah disini pada Sabtu 24 September.
Beliau berkata demikian ekoran ada cadangan dari pertubuhan bukan kerajaan Parents Action Group For Education Malaysia (PAGE) dan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) yang mahu PPSMI diteruskan.
Beliau menasihatkan JMM yang kononnya satu NGO Melayu, supaya sedar bahawa setiap bangsa ada bahasanya dan bangsa itu akan didaulatkan apabila bahasanya digunakan sebagai bahasa ilmu.
"Kita kena sedar, yang kita kata sebagai 'bangsa' ada bahasanya dan bangsa itu akan dapat didaulatkan apabila bahasanya digunakan sebagai bahasa ilmu.
"Ke mana perginya yang disebut sebagai semangat kepahlawanan dan patriotisme kepada golongan yang mahukan PPSMI ini diteruskan?,"soal beliau
Katanya, PAS menerima keputusan kerajaan memulakan penghapusan secara berdikit-dikit, walaupun masa yang sangat panjang diambil oleh kerajaan diantara 2011 hingga 2023.
Menurutnya, PAS tidak mahu sekadar hanya beberapa pihak yang hendakkan dan merasakan PPSMI penting diteruskan menyebabkan kerajaan 'memutar balik' keputusan yang telah dibuat.
Sepatutnya, kata beliau, seluruh rakyat mesti mempertahankan penghapusan tersebut, sekurang-kurangnya dari sudut untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bukan bahasa pasar sahaja.
"Tetapi bila ada cadangan-cadangan dari PAGE dan Jaringan Melayu Malaysia, kita rasa hairan! Kita tidak mahu sekadar hanya beberapa pihak yang hendakkan, merasakan penting PPSMI diteruskan,
"sedangkan kita mesti mempertahankan penghapusan sekurang-kurangnya dari susdut untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bukan bahasa pasar sahaja,"tegasnya.
Ustaz Abu Bakar yang juga seorang aktivis pendidikan yang berpengalaman lebih 30 tahun berkata, seseorang pelajar tidak mampu menguasai ilmu dengan bahasa lain dan lebih mudah mereka menguasai sains dan matematik dalam bahasa Melayu.
Katanya, ia telah dibuktikan dengan bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar daalam pendidikan sejak 46 tahun lalu terbukti bahasa Melayu mampu menjadi bahasa rasmi, bahasa Lingua Franca dan bahasa ilmu.
"Seseorang pelajar tidak mampu menguasai ilmu dengan bahasa lain dan lebih mudah mereka menguasi sains dan matematik dalam bahasa Melayu dan kita telah membuktikan perkara ini setelah 46 tahun sejak tahun 1957 sehingga tahun 2003,
"telah terbukti bahasa Melayu mampu menjadi bahasa rasmi, bahasa Lingua Franca dan bahasa ilmu,"jelasnya.
Menurutnya, adalah tidak munasabah, kerana hanya kerana mahukan anak-anak berjaya dalam sains dan matematik ataupun
melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian dan mahu maju dalam bahasa Inggeris maka kita mengenepikan perlembagaan negara.
Katanya, soal kemajuan sains dan matematik, kemajuan bahasa Inggeris, boleh masuk ke universiti, dan pasaran pekerjaan, ia boleh diusahakan dengan memajukan bahasa Inggeris itu sendiri.
Beliau menegaskan, PAS mendokong dan menyokong dasar mendaulatkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris sebagaimana yang diputuskan kerajaan.
Justeru beliau berharap kerajaan jangan bemain 'silap mata' dalam melaksanakan dasar tersebut dan benar-benar melaksanakannya.
"Tetapi janganlah menjadikan dasar ini sebagai 'silap mata', kita akan terus memperjuangkan bahasa Melayu dan kita tidak menganggap,
"bahawa pada bila-bila masa pun pengajian sains dan matematik itu boleh mencapai kejayaan hanya dengan pengajaran dengan bahasa Inggeris, tidak sekali-kali!,"tambahnya.

Ulasan