KUALA TERENGGANU - Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja belum dapat menyelesaikan masaah pembinaan hospital Dungun yang tertangguh sekian lama bahkan beberapa kemudahan kesihatan untuk rakyat dibeberapa hospitallain di negeri Terengganu.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata isu terbabit melibatkan dua perkara iaitu hospital yang belum dibina dan kemudahan hospital yang siap dibina tetapi tidak dapat digunakan.
"Isu pembinaan hospital baru ini dua perkara, masalah sesak dan sempit hospital Dungun yang perlu kepada pembinaan yang baru, di (daerah) Kemaman juga menghadapi masalah yang sama perlu juga kepada hospital baru,
"yang kedua, hospital yang siap dibina pun ada yang tidak beroperasi, macam di (Hospital) Jerteh, 'operation teater' (Dewan Bedah), kita (PAS) sebut beberapa kali, tetapi tidak selesai juga,"katanya kepada pihak media pada Majlis Jamuan Hari Raya PAS Terengganu, Khamis 22 Oktober.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri tentang masalah pembinaan hospital Dungun yang telah ditangguhkan sejak Rancangan Malaysia ke-8 pada tahun 2001.
Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika lawatanya ke Dungun pada 20 September telah digesa oleh pimpinan Umno dan BN Dungun supaya mengambil perhatian berat masalah tersebut.
Namun begitu. Muhyiddin dalam jawapannya kepada media tidak berani berjanji akan membina segera sebaliknya hanya berkata akan meneliti apakah punca menyebabkan projek yang sudah direncanakan sejak sekian lama itu tertangguh.
Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa Kerja Badan Perhubungan PAS Terengganu Dr Azman Ibrahim berkata, masalah kemudahan kesihatan hospital Setiu yang siap dibina pada tahun 2003 juga tidak dapat digunakan sepenuhnya
Berita selanjutnya menyusul>>>

Ulasan