Lebih 2,000 hadir ke Majlis Hari Raya PAS DUN Kuala Berang

KUALA BERANG - Lebih 2,000 orang hadir ke Majlis Hari Raya yang dianjurkan oleh PAS DUN Kuala Berang di Pusat Khidmat Dewan Undangan Ngegeri Kuala Berang disini pada Rabu 14 September.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Rashid pelbagai lapisan masyarakat termasuk bukan Islam dan para pegawai kerajaan hadir.

[Gambar - Haji Muhyiddin melayani Pemangku Ketua Polis Daerha Hulu Terengganu, ASP Rosli bin Mohd Amir, yang turut hadir bersama pasukannya dalam Majlis Hari Raya anjuran PAS DUN Kuala Berang]

"Program hari ini, program Hari Raya, anjuran Majlis Tindakan DUN (MTD PAS) Kuala Berang, untuk meraikan masyarakat sekitar Kuala Berang dan yang keluar ke pekan (bandar) Kuala Berang pada hari ini,

"kebetulan hari ini (adalah) hari 'pekan sehari hari Rabu, untuk sama-sama meraikan hari kemenangan, hari raya eidul fitri, dan pada hari ini kta melibatkan semua termasuk kakitangan kerajaan,"ujarnya.

Katanya, antara yang hadir adalah para pegawai dari Pejabat Daerah Hulu Terengganu, Majlis Daerah, Jabatan Pendaftaran, Polis dan lain-lain.

Beliau yang juga Pengerusi MTD Kuala Berang berkata, tidak putus-putus Majlis tersebut dikunjungi para tetamu sejak dimulakan sekitar jam 12.00 tengahari.

"'AlhamduliLlah, hari ini, dalam (tempoh) lebih kurang sejam, kehadiran sangat baik, kehadiran (para tetamu) 'tidak putus-putus', kita jangka tidak kurang 2,000 orang (yang hadir),"katanya ketika ditemui kira-kira jam 1 petang semalam.

Menurutnya, program tersebut yang merupakan program tahunan MTD Kuala Berang, disambut lebih meriah pada tahun ini, memandangkan jemputan yang dibuat lebih menyeluruh.


"Pada tahun ini lebih meriah, lebih ramai yang hadir, masyarakat bandar ini (Kuala Berang) kita jemput semua, dengan kad, maknanya jemputan itu menyeluruhlah, lebih rasmi lah,"tambahnya.

>>> Lagi gambar-gambar sekitar majlis Hari Raya DUN Kuala Berang

Ulasan