Manifesto PAS Terengganu bela rakyat ditindas Umno

- (Kemaskini) PAS janji akan ganti setiap tapak tanah kediaman yang diambil kembali
KUALA TERENGGANU
- PAS Terengganu sedang menyiapkan manifesto pilihanraya umum ke-13 (PRU 13) untuk memberikan tawaran yang menarik sebagai pilihan kepada rakyat..

Pesuruhjayanya, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata ia akan di umumkan menjelang PRU13 akan datang.

"InsyaAllah bila hampir dengan pilihanraya kita akan umumkan manifesto kita sebagai tawaran kepada rakyat negeri Terengganu, khususnya, dengan imej yang lebih mesra dan lebih cakna,"katanya.


[Gambar Atas - Haji Wahid memberikan duit raya kepada anak salah seorang peserta Ijtima' IdulFitri. Gambar Bawah - ceria menerima kunjungan sahabat handai dan rakan taulan ke rumah terbukanya di kediamannya Kampung Durian Burung]

Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka beliau yang diadakan pada Rabu 31 Ogos

Menurutnya, antara perkara penting yang di janjikan PAS Terengganu dalam manifesto tersebut adalah pembelaan terhadap rakyat dianiayai oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, rakyat mengadu Umno/BN semakin menjadi-jadi merampas tanah rakyat khususnya yang melibatkan tempat tinggal atau rumah rakyat.

"Sekarang ni makin menjadi-jadi, waktu rakyat datang berkunjung pada hari raya (ini) ada yang bangkitkan kebimbangan mereka, tanah tapak kediaman mereka akan diambil oleh kerajaan (Umno/BN Terengganu),

"mereka dah mula rasa susah hati kerana tak tahu nak pindah ke mana,"ujar Haji Wahid
Menurutnya, yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu terdapat beberapa lokasi kerajaan mengambil semula tanah rakyat dalam kawasannya seperti di Gelurgor Raja dan Kampung Ladang.

Walaupun kerajaan memberi pampasan tetapi, katanya, bayaran tersebut tersebut tidak dapat membeli tanah untuk tapak rumah yang baru.
Oleh itu mereka menghadapi kesukaran dalam soal  perkerjaan  kerana terpaksa berpindah jauh dari kampung asal.
Justeru, beliau berkata PAS Terengganu akan memasukkan jaminan, tanah yang melibatkan rumah kediaman, sekiranya diambil oleh kerajaan, akan diberi ganti tapak tanah yang baru atau kerajaan menyiapkan rumah pangsa bagi menggantikannya rumah asal mereka.

"Kita akan memasukkan dalam manifesto sebagai tawaran, sebagai jaminan, (bahawa) kita membela rakyat, suapaya mereka tidak dipinggirkan begitu sahaja"tegasnya.

PAS serius membela rakyat yang ditindas.
PAS serius dalam membela rakyat yang dizalimi oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional berkaitan soal tanah tapak kediaman.
Ketika berucap dalam majlis Ijtima' Idul Fitri yang diadakan pada Khamis 1 September, Haji Wahid yang juga ADUN Wakaf Mempelam mengulasi penegasan 'janji' PAS tersebut.

Ulasan