KUALA NERUS - Tidak seperti sebelum ini, Sambutan Hari Raya peringkat DUN Tepoh yang diadakan pada Sabtu, 10 September 2011 lebih meriah dengan kehadiran ribuan pengunjung yang sama-sama meraikan majlis walaupun ia diadakan secara sederhana.
Majlis yang dimulakan pada jam 11.00 pagi dihadiri kira-kira 2000 orang dari segenap lapisan masyarakat bertempat di perkarangan Surau Kuning Pok Tuyu.
Ini membuktikan penerimaan masyarakan terhadap PAS semakin meningkat sekaligus memberi semangat kepada perjuang islam dalam melaksanakan gerak kerja bagi memastikan kemenangan Islam di DUN Tepoh.
Dalam pada itu, Pegerusi MTD Dun Tepoh,Ustaz Abu Bakar Abdullah dalam ucapannya mengharap kepada semua pecinta-pecinta Islam agar dapat bersatu padu dalam menggarap dan menjana kemenangan islam di Dun Tepoh ini.
"Oleh kerana kita tidak lama lagi akan menghadapi piliharaya umum yang akan datang ini kita mengharap kepada semua percinta-percinta Islam terus bersatu padu dalam mengarapkan dan menjana kemenangan yang InsyaAllah diberikan Oleh Allah SWT"
"Dan sempena Majlis Hari Raya yang kita sambut ini begitu meriah di perkarangan surau pak tuyu ini,InsyaAllah akan terus menjadi satu daya gerak kerja kita sacara bersepadu dengan penuh masa dan kerja dengan rasa yang penuh tanggungjawab,"ujarnya
Beliau juga Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu berharap pada pertemuan pada Majlis Hari Raya akan datang, PAS Terengganu sudah berjaya menjadi pemerintah di Terengganu.
"Mudah-mudahan pada tahun hadapan, kita berjumpa lagi dan InsyaAllah sekali lagi kita berjumpa kita sudahpun menjadi kerajaan, begitulah harapan kita,"tambahnya.
Majlis yang diserikan dengan persembahan nasyid dari pelajar DAR seluruh Dun Tepoh dan diakhiri dengan acara sumbangan 'duit raya' Oleh Ust Abu Bakar Abdullah kepada kira-kira 200 kanak-kanak yang hadir pada pada Majlis berkenaan.

Ulasan