Pelbagai pihak, kawan dan lawan, raikan Majlis Jamuan Hari Raya PAS Terengganu

KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Majlis Jamuan Hari Raya yang diadakan di perkarangan pejabat Badan Perhubungan PAS Terengganu hari ini, Khamis 22 September.

Pesuruhjayanya, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata program tahunan PAS Terengganu mendapat sambutan yang cukup baik walaupun bertembung dengan program serupa yang dianjurkan pelbagai pihak dan agensi.

"Saya ucap terima kasih atas kehadiran semua (pihak) dlam majlis Jamuan Hari Raya PAS Perhubungan negeri Terengganu pada pagi ini,

"AlhamduliLlah, sambutan tahun ini cukup baik (walaupun) kebetulan hari ini banyak bertembung (program sambutan hari raya), saya sempat hadir sekejap ke majlis hari raya kontingen palis Terengganu,"ujarnya ketika ditemui pihak media dalam Majlis tersebut.

Menurutnya, pelbagai pihak, kawan dan lawan telah hadir meraikan Majlis Jamuan Hari Raya PAS Terengganu termasuk parti-parti dalam muafakat Pakatan Rakyat dan musuh politik Umno dan Barisan Nasional.

"Kita terima kunjungan pelbagai pihak termasuk Exco kerajaan negeri YB Dato' Toh Chin Yaw (dari MCA/Barisan Nasional) dan rakan-rakan dari PKR dan DAP,"katanya.

Antara rakan-rakan yang hadir adalah, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Terengganu, Dr. B. Chandran dan Pengerusi DAP Kuala Terengganu Ng Chai Hing dan ahli-ahli Jawatankuasanya.

Turut hadir rombongan PKR Terengganu diketuai Pengerusi Perhubungannya, Azan Ismail dan 'orang lama' Abdul Rahman Yusof

Ulasan