KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihanraya Raya Malaysa (SPR) kerana telah memperkenalkan pendaftaran pemilih secara online.
Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu, Ariffin Deraman berkata ia merupakan langkah yang baik.
"(PAS) ucap terima kasih kepada SPR kerana telah memperkenalkan pendaftaran pemilih secara online. Ini merupakan langkah yang baik,"katanya ketika mengulas kenyataan Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria dalam beberapa utama semalam, Selasa, 6 September.
Walau bagaimana pun, menurut Ariffin, Sistem Pendaftaran Online itu yang dilaksanakan oleh SPR itu, dilihat masih terdapat beberapa kelemahan.
Katanya, antara kelemahan, sebagaimana menurut kenyataan Setiausaha SPR, mereka yang mendaftar dikehendaki membuat salinan borang A untuk simpanan mereka
"Sepatutnya sesiapa sahaja yang hendak mendaftar (secara online) termasuk PPP yang dilantik oleh SPR, tidak perlu menghantar borang kepada PPP atau kepada pejabat SPR,"ujarnya.
Beliau berkata, borang pendaftaran secara online tidak perlu dicetak, apatah lagi kalau dicetak borang kosong, dan tidak perlu dihantar kepada PPP atau SPR.
Katanya, SPR boleh merujuk terus kepada pejabat Pendaftaran Negara melalui sistem 'alis' untuk pengesahan kewarganegaraan.
"Tidakkah cara ini lebih relevan? Langkah yang dibuat oleh SPR dilihat tidak relevan dan tidak ada beza dengan pendaftaran biasa,"tambahnya

Ulasan