Rumah Terbuka PAS Besut turut mendapat sambutan Luar biasa


BESUT - PAS Kawasan Besut mengadakan sambutan Rumah Terbuka sempena Eidul Fitri 1432H pada hari raya kelima, Sabtu 3 September, di perkarangan Pejabat Pas Kawasan Besut di Bandar Jerteh.

Menurut Timbalan Yang Dipertuanya, Cikgu Shalahuddin Jaafar (Cikgu Solah), majlis tersebut mendapat sambutan luar biasa pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya.

"Luar biasa, tahun ini lebih kalau banding (kan) dengan tahun-tahun dulu (sbelumnya), lebih 2500 orang yang terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat hadir,"ujarnya ketika dihubungi Buletinonline.


Katanya, antara mereka yang ramai hadir adalah di kalangan anak-anak muda, termasuk anak-anak di perantauan yang masih berada di kampung.

Lebih memeranjatkan, kata Cikgu Solah, kaum Tionghua turut dihadiri dan memeriahkan lagi sambutan rumah terbuka tersebut.

"Setengah (daripada) mereka hadir, walaupun tidak menerima surat jemputan rasmi (dari pihak PAS Kawasan Besut) untuk bersama-sama merayakan Eidul Fitri bersama pimpinan PAS Kawasan, di samping menyatakan sokongan mereka terhadap PAS,"jelas Cikgu Solah

Menurut Cikgu Solah, selain makan minum dan mendengar ucapan, rata-rata yang hadir ke majlis tersebut berbual bicara tentang isu-isu semasa tempatan.

"Antara mereka terutamanya Perantau, melahirkan rasa sedih di atas tindakan bekas pimpinan negeri dahulu yang merobohkan stesen bas/kereta sewa dan deretan rumah kedai yang masih dalam keadaan baik,

"Tindakan pimpinan Umno itu, menurut mereka, menyukarkan rakyat khususnya para peniaga dan orang ramai kerana masalah yang berlarutan sehingga ke hari ini,"ujar Cikgu Solah lagi

Dalam kesempatan yang singkat itu, kata Cikgu Solah, mereka berjanji akan bekerja keras bersama pimpinan PAS kawasan bagi menumbangkan Umno dan BN dalam pilihanraya Umum yang akan datang.

Turut hadir pada Majlis Rumah Terbuka PAS Kawasan Besut adalah Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Zawawi dan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri, Dato' Ustaz Hussin Awang.

Ulasan