KUALA NERUS - PAS yakin menang dalam Pilihanraya Umum ke -13 (PRU13) dan menganggap ia peluang terbaik bagi mengambil alih pentadbiran negeri Terengganu dari Umnno dan Barisan Nasional (BN).
Menurut Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Dr Alias Razak, ia berdasarkan sambutan luar biasa orang ramai yang hadir orang ke majlis sempena Eidul Fitri pimpinan PAS khususnya Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Tunggal.
Beliau berkata, ia berdasarkan dengan kehadiran luar biasa, yang menyeluruh, dari semua peringkat umur dan jantina, termasuk di kalangan orang-orang Umno.
“Sambutan yang luar biasa dan lebih dari apa yang kita (PAS) jangka kehadirannya. Ramai sangat macam kenduri kahwin.
“Apa yang saya lihat orang Umno pun ramai juga yang datang beraya kali ini. Boleh dikatakan menyeluruhlah semua peringkat umur, jantina, orang dewasa, warga emas, lelaki, perempuan dan orang muda. Cuma waktu yang membezakannya.
“Tahun ini agak berjaya dan petanda baik untuk pilihan raya akan datang, Insya’Allah,” jelasnya ketika ditemui, di rumahnya pada Jumaat 2 September.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tunggal melahirkan rasa sukacita dengan sambutan anak-anak muda yang ramai hadir ke majlis tersebut.
Menurutnya, pertama kali sambutan rumah terbuka ini diadakan di rumah wakil rakyat yang sebelum ini dibuat di Pusat Khidmat Dun Bukit Tunggal.
Sebab itu, katanya kehadiran pengunjung lebih ramai serta tidak terhad kepada ahli dan penyokong PAS sahaja.
Beliau berkata, dianggarkan lebih 3000 orang hadir dan meraikan rumah terbuka tersebut.

Ulasan