Sekat belajar agama; wajah sebenar kerajaan Umno Terengganu

KUALA TERENGGANU - Pengerusi Lujnah Pendidikan PAS, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik menyifatkan penafian bantuan pinjaman oleh kerajaan Terengganu kepada para pelajar melanjutkan pengajian didibidang agama ke Mesir adalah penafian dan diskriminasi.

"(pelajar lepasan) Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMUZA), Institu Pengajian Islam (INSPI) dan MARPA, telah dinafikan hak mereka untuk mendapatkan pinjaman daripada kerajaan Terengganu, melalui Yayasan Terengganu berbanding kepada para pelajar ke tempat lain,

"dengan alasan mereka tidak mahu ambil risiko keatas pelajar (yang menuntut di Mesir),"ujarnya mengulas tindakan kerajaan Terengganu tidak memberikan bantuan kepada 22 pelajar Terengganu yang meninggalkan Malaysia Jumaat lalu.

Wakil pelajar tersebut Naseh Ulwan Zakaria melahirkan rasa kesal dan terkilan terhadap kerajaan Terengganu khususnya Yayasan Terengganu yang menolak permohonan mereka mendapat bantuan.

Menurut Ustaz Abu Bakar Chik, alasan tersebut tidak boleh diterima memandangkan keadaan negara Mesir yang sudah pulih sepenuhnya.

Beliau berkata, para pelajar yang pulang ke Malaysia semasa krisis berlaku di negara tersebut, juga telah kembali dan menyambung pengajian.

"Kita tahu keadaan di Mesir sudah pulih semuanya dan pelajar lain (yang pulang semasa krisis) pergi balik ke Mesir,

"jadi alasan ini adalah satu penafian dan diskriminasi (kerana) mereka yang tidak diberi bantuan ini ialah untuk pengajian Islam ke (Universiti) al-Azhar,"tegasnya.

Ustaz Abu Bakar Chik yang juga bekas Exco kanan kerajaan Terengganu berkata, memang menjadi dasar kerajaan Umno dan Barisan Nasional Terengganu tidak mahu membantu pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam pengajian Islam.

Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Haji Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Psuruhjaya PAS Terengganu pernah menimbulkan perkara ini dalam persidangan Dewan Undangan Negeri.

"dan Haji Wahid Endut pernah brtanyakan perkara ini kepada Menteri Besar (Dato' Seri Ahmad Said), jawabnya dia (Ahmad Said) tak mahu pelajar (pengajian) Islam ramai di Mesir,"jelasnya 

Justeru menurut beliau, itulah wajah kerajaan Terengganu masakini yang sebenarnya tidak mahu kepada Islam dan mahu menyekat pelajar-pelajar mendalami ilmu-ilmu Islam. 

Ulasan