Sepatutnya 'orang Melayu' sokong Hudud

KUALA TERENGGANU - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata orang Melayu berugama Islam sepatutnya menyokong perlaksanaan hukum hudud.

Namun sebaliknya, apabila Hudud ditimbulkan, orang Melayu adalah antara orang yang menentangnya isu hudud.

Katanya, banyak pihak pula yang takut kepada penubuhan Negara Islam dan hukum hudud yang diperjuangkan oleh PAS.

Beliau menyifatkan golongan yang takut kepada hukum hudud sama seperti manusia yang takut kepada ‘hantu’.

“Banyak orang takut Negara Islam. Usahkan hudud malah takut kepada Negara Islam. Orang takut kepada Negara Islam ini macam takut ke ‘hantu’. Orang yang takut kepada hantu itu tidak tahu pun bagaimana hantu tetapi takut kepada hantu.

“Hudud Islam pun begitu juga, takut kepada hudud. Kenapa takut hudud, tidak tahu. Melayu, India, Cina sama,” jelasnya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Dana Kebajikan Insaniah di Dewan Permata, Permai Inn, dekat sini, 23 September lalu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan pernah menjemput para ilmuan di kalangan ahli pondok dan pensyarah Universiti bagi membincangkan isu hudud sebelum diluluskan di Kelantan.

“Sekarang timbul balik hudud, alhamdulillah. Kita sampai kiamat pun selagi umur kita ada (hidup) kita mesti tegakkan Negara Islam.

“Hudud kita (PAS) buat, kita jemput para ilmuan, di kalangan ahli pondok, kalangan Universiti, golongan pensyarah di Kuala Lumpur, di Kelantan.

“Kita (PAS) buat Enakmen Hudud yang telah dilulus oleh Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan. 100 peratus dan Umno pun sokong masa itu, Parti Melayu Semangat 46 sokong, kerana kita (PAS) pegang kerajaan,” ujarnya.
.
Namun begitu, Tuan Guru Nik Aziz melahirkan rasa dukacita hingga sekarang masih belum dapat melaksanakan undang-undang tersebut kerana halangan kerajaan pusat.

Katanya, “amaran” kerajaan pusat akan bertindak jika kerajaan negeri melaksanakan perundangan hudud di Kelantan.

“Bila kita (PAS) buat hudud, Perdana Menteri Malaysia yang masih hidup (Tun DR Mahathir) sekarang ini beri “Amaran” dalam bulan Ramadan. Jika Kelantan buat hudud dia (pusat) akan bertindak.

“Antara tindakan yang pernah Umno-BN buat suatu masa dahulu ialah “mageran”. Dia bakar tayar, dia bakar bangsal polis seorang dua, dia istihar darurat, dia ‘rampas’ semua kerajaan Kelantan.

“Semua kerajaan negeri dirampas oleh kerajaan pusat. Kita (PAS) bimbang dia (pusat) buat pula kali kedua di Kelantan,” ujarnya.

Ulasan