Peningkatan sehingga 10.8 % peruntukan dalam Bajet 2012 untuk Kementerian Kesihatan diharapkan mampu untuk menyelesaikan beberapa keperluan prasarana kesihatan rakyat yang dikira kritikal dan telah tertangguh sekian lama.
Disamping beberapa tumpuan yang telah dinyatakan Menteri bertanggungjawab termasuk penambahan klinik 1 Malaysia, naik taraf hospital-hospital kerajaan dan klinik desa seluruh Negara serta beberapa lagi program-program yang diberitakan bertujuan ke arah peningkatan taraf kesihatan rakyat.
[Gambar - Dewan Bedah Hospital Besut yang masih belum boleh digunakan ]
Kita tidak menafikan keperluan untuk proses naik taraf Hospital Kuala Lumpur yang telah diasaskan sejak lebih 300 tahun dulu menjadi sebuah Hospital Premier serta melengkapkannya dengan peralatan dan kelengkapan terkini walaupun peruntukannya mencecah RM300 juta. Kalau itu keperluan rakyat, ianya perlu disegerakan.
Walaupun begitu, adalah lebih menjadi keutamaan untuk mengutamakan projek-projek yang telah tertangguh sejak sekian lama seperti projek pembinaan Hospital baru Dungun.
Semasa lawatan Tan Sri Muhyiddin ke Dungun September lepas, tiada suatu komitmen jelas mampu diberikanTimbalan Perdana Menteri untuk menyelesaikan permasalahan ini. Sekadar menjawab, “kita akan teliti.” Rakyat tentunya mahukan jawapan yang konkrit bukan janji politik kosong disebabkan projek pembinaan Hospital baru Dungun ini sebenarnya telah tertangguh sejak dari RMK9 lagi,
Keperluannya sangat kritikal. Bayangkan tapak hospital tengah-tengah bandar yang ada sekarang dibuka sejak tahun 1936 lagi, sesak, sempit, tak mampu lagi nak menampung keperluan semasa, tempat rendah, bila banjir dinaiki air. Bangunan Hospital yang digunakan telah dibuka pada 26 Mac 1967, 44 tahun yang lalu. mempunyai 4 wad, 100 katil. Penduduk bandar Dungun sekarang meningkat 160,000. Cukupkah 100 katil nak menampung keperluan 160,000 penduduk?
Keadaan wad sesak, unit pesakit luar sesak, farmasi sesak, ruang menunggu sesak dan merimaskan. Mangsanya rakyat kebanyakkan yang tak mampu untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan swasta. Meneliti ucapan Bajet 2012 dan kenyataan susulan Menteri Kesihatan, tidak dinyatakan pula bahawa pembinaan Hospital baru Dungun adalah antara keutamaan segera. Rakyat mohon penjelasan dan tindakan segera dalam perkara ini.
Begitu juga dengan Dewan Bedah Hospital Setiu yang disiapkan pada tahun 2003 lagi tapi masih tinggal hanya sekadar dewan bedah tanpa peralatan, kosong! Menteri Besar Ahmad Said sendiri telah berulang kali menyuarakan kekecewaannya dengan keadaan yang berlaku tetapi seolah-olah suara beliau kehilangan ‘power’ dan tidak mendapat sebarang reaksi dari mereka yang bertanggungjawab di Putrajaya. Tidak terkecuali nasib yang sama diberitakan menimpa dewan bedah Hospital Besut dan Kemaman. Rakyat tentunya sangat mengharapkan ribuan juta yang diperuntukan kepada Kementerian dalam Bajet 2012 ini mampu dimanfaatkan seoptimun mungkin.
Sekali lagi ditekankan, faktor keutamaan dan keperluan rakyat sewajarnya menjadi asas utama pengagihan peruntukan kerajaan. Semua peringkat rakyat berhak mendapat perhatian sewajarnya. Apatah lagi Islam sendiri menggariskan antara keperluan asas seorang manusia adalah kesihatan disamping pendidikan dan beberapa keperluan lain.
***Tulisan Dr. Azman ibrahim Anggota Badan Perhubungan PAS Terengganu yang juga Naib Yang DiPertua PAS Setiu

Ulasan