KUALA TERENGGANU - Jentera pilihanraya PAS Terengganu disemua peringkat diminta berada dalam keadaan bersiap sedia menghadapi apa jua kemungkinan.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Abdul Rashid berkata media yang dikuasai Umno dan Barisan Nasional sedang giat memaparkan propaganda kononnya Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak benar-benar sedang melakukan transformasi.
Menurutnya, tujuan propaganda tersebut adalah untuk mempengaruhi pemikiran rakyat menjelang pilihanraya umum yang semakin hampir.
"Semua jentera pilihanraya diminta berada dalamkeadaan bersiap sedia dengan apa saja kemungkinan,"katanya melalui mesej pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada Buletinonline.
Beliau mendakwa bajet 2012 yang akan dibentangkan oleh Najib esok adalah merupakan sebahagian daripada propaganda tersebut.
Sebaliknya, menurut beliau, bantuan-bantuan kepada rakyat, khususnya kepada golongan petani dan nelayan sebagaimana yang dijanjikan dalam bajet lalu, belum diselesaikan.
Beliau yang juga Pengerusi Lujnah Pertanian PAS Terengganu berkata, antara bantuan kepada petani yang belum diselesaikan adalah bantuan input pertanian, baja benih dan racun serta insentif pengeluaran sayur-sayuran dan buah-buahan.
Selain itu, katanya, ramai nelayan yang masih belum menerima sepenuhnya elaun sara hidup sebanyak RM200 sebagaimana dijanjikan.
Justeru, beliau menyeru kepada semua rakyat, khususnya rakyat Terengganu agar berwaspada dengan bajet 2012 yang akan dibentangkan esok.
Menurutnya, bajet tersebut bukan hanya setakat untuk memancing undi pilihanraya, namun lebih dari itu.
"Bajet kali ini bukan saja bajet pilihanraya tetapi lebih dari itu dan boleh menyebabkan rakyat hilang akal,"jelasnya.

Ulasan