- bergantung samada pilihanraya dijalankan secara adil atau sebaliknya
KUALA TERENGGANU - Usaha Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi orang Melayu supaya menyokong parti itu dalam ilihanraya akan datang terus gagal.
Menururut Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, isu-isu pembangunan seperti pembinaan jalan raya, tidak berkesan lagi mempengaruhi pemikiran rakyat, pada zaman 'internet' dan dikalangan generasi muda kini.
Oleh itu, katanya, Umno dan BN akan memanipulasikan isu raja-raja, perkauman dan agama, bagi cubaan mengembalikan sokongan kepada mereka.
"Kita lihat mereka menggunakan isu 3 R, hal Raja, agama dan perkauman (royal, religion, race), kerana mereka tidak dapat menggunakan isu yang lain,
"contohnya, isu pembangunan (yang) popular pada tahun 60an dn 70an, sekarang tak boleh guna,"ujarnya ketika berucap pada program ceramah pra-perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat-PAS Ganti Umno (PGU100K), di Pantai Pandak Chendering dekat sini, semalam 14 Oktober.
Beliau berkata, isu pada masakini yang dilihat penting adalah berkaitan integriti, samada berlaku pembaziran dan penyelewengan dalam sesuatu projek pembangunan yang dilaksanakan.
Walaupun gagal dalam percubaan memutarkan pelbagai isu, menurutnya, Umno dan BN tidak akan membiarkan diri mereka terus kalah.
Sehubungan itu, menurutnya lagi, Umno dan BN dikesan terus menerus melakukan penipuan dalam pilihanraya dengan menggunakan jentera kerajaan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Katanya, sejak tuntutan BERSIH 2,0 dibuat, rakyat terus didedahkan dengan pelbagai kepincangan perjalanan SPR dan pilihanraya.
Antaranya, kata beliau, usaha mendaftarkan pendatang asing dengan menggunakan kod '71' dalam kad pengenalan.
Sehingga kini, katanya, seramai 170,000 orang telah didaftarkan dengan kod tersebut sebagai pengundi
"kita tahu, saya beranak (diperanakkan) di Pulau Pinang (kod) 07, (diperanakkan di) Terengganu kod 11, itulah nombor kodnya,
"kod 71 tak tahu beranak dimana, mereka ini yang telah mendaftar seramai 170,000,"jelasnya.
Oleh yang demikian, katanya, Umno dan BN sedang cuba menawan kembali negeri Selangor dengan membawa para pengundi dari luar, bukannya dengan undi rakyat tempatan.
Justeru kata beliau, sekiranya ia berlaku, Himpunan BERSIH. 3.0, turun ke jalanraya, boleh diadakan sebelum pilihanraya atau selepas pilihanraya
"Selangor kemungkinan Barisan Nasional ambil balik bukan dengan (undi) rakyat Selangor, tapi dengan orang-orang luar (dan) rakyat luar (negara) yang dibawa,
"kalau ini berlaku, atau dijangka akan berlaku, saya menyambung amaran Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,
"Himpunan BERSIH 3.0 boleh berlaku sebelum pilihanraya (umum ke-13) atau berlaku selepas pilihanraya,"tegasnya

Ulasan