"Buang sahaja undi pos, ia tidak mustahak lagi,"

- kata bekas pengasas pasukan komando Angkatan Tentera Malaysia
MARANG - Salah seorang bekas anggota tentera yang menjadi pengasas pasukan komando Malaysia, menggesa kerajaan memansuhkan undi pos dan memberikan peluang kepada anggota tentera mengundi secara biasa.

Haji Tuan Mahmod bin Tuan Baharu, 73, berkata undi pos sudah tidak mustahak kerana negara Malaysia bukan lagi dalam keadaan darurat.

 "Saya rasa undi pos ini tidak mustahak dah, (malaysia) bukan dalam darurat, kita dalam aman, kita naik kapalterbang (selama) dua jam (kita boleh) sampai ke Sarawak,

"kalau kita (kena) mengundi di Sarawak, kita naik kapalterbang je, apa salah (nya), buang sahaja undi pos itu,"ujarnya ketika ditemui dirumah sewanya di Kampung Sentul patah, disini.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan 'Ayah Ku', kini adalah ahli Kelab Veteran Komando Ngeri Terengganu.

Beliau memulakan kariernya dalam anggota tentera memasuki tentera udara British pada tahun 1955 sehingga tahun 1960.

Diantara tahun 1960 hingga tahun 1962, Ayah Ku ditugaskan sebagai tenaga kerahan dalam Unit Keselamatan Kawasan (Areal Security Unit).

Kemudian beliau diserapkan kedalam anggota tentera Malaysia pada tahun 1963, sehinggalah bersara pada tahun 1976.

Ayah Ku juga mengesahkan dakwaan bahawa bukan anggota tentera yang mengundi bagi pihak diri mereka ketika belaku sesuatu pilihanraya.

"bukan (anggota tentera yang mengundi) saya dalam tenetra Malaysia tidak pernah mengundi, tak pernah mengundi, nak kata pangkah macamana, borang (apa-apa) pun saya tak tahu,

"orang lain (yang pangkah) kita tak tahu, macamana kita 'merendek' dalam hutan (nak pangkah macamana), pilihanraya pun kita tak tahu, apa dia pilihanraya?,"katanya.

Beliau menegaskan bahawa undi pos tidak boleh dianggap  mewakili undi dan suara anggota tentera kerana jelas menurutnya. orang lain yang memangkah kertas undi tersebut.

Ulasan