BESUT - Para petugas dan penyokong PAS diseru menggerakkan jentera di peringkat masing-masing bagi memastikan cita-cita Operasi Tawan Besut (4+1) menjadi kenyataan.
Menurut Setiausaha PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali, pilihanraya ke-13 yang semakin hampir merupakan saat terbaik bagi membuktikan PAS mampu memenangi kembali negeri Terengganu dan menawan Putrajaya.
"pilihan raya kali ini sebagai pilihan raya yang terbaik dari sudut penyertaan kita, penglibatan kita, kerja keras kita supaya apa yang menjadi cita-cita bersama kita yang kita hendak tawan (Operasi Tawan Besut) 4+1,
"kemenangan kita di Besut ini akan membantu PAS Terengganu untuk kita tawan negeri Terengganu. Dan kemenangan di Terengganu juga membantu kita untuk kita menyumbangkan kepada kemenangan kita untuk menawan Putrajaya, InsyaAllah,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap membentangkan kertas kerja sempena Ijtima’ Pilihan Raya PAS Kawasan Besut di Dewan Haji Salleh, Alor Lintah, Jertih, 8 OKtober.
Katanya, pembentangan Belanjawan (Bajet) 2012 memperlihatkan, betapa Umno dan Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan begitu terdesak.
Pemberian 'one-off'', sekali dalam pelbagai sektor, kata beliau, menunjukkan Umno-BN cuba mengambil hati rakyat.
Namun begitu, menurutnya, maklumbalas yang beliau terima menunjukkan, rakyat tidak akan terpengaruh walau pun menerima sedikit habuan dalam pembentangan tersebut.
"dalam pembentangan Belanjawan (Bajet) 2012 baru-baru ini, nampaknya Barisan Nasional (BN) khususnya Perdana Menteri jika boleh hendak rai ‘belaka’ (semua) dengan suatu pemberian ‘one off’,
"betapa Umno-BN dilihat berada dalam keadaan begitu terdesak untuk mengambil hati rakyat,"jelasnya.
Beliau memberi peringatan, pembentangan bajet 2012 memberi suatu isyarat yang kuat pilihan raya akan diadakan dalam masa waktu yang terdekat.
Oleh itu, katanya, sama ada akhir tahun ini atau awal tahun depan, jentera pilihanraya mesti digerakkan tanpa menunggu tarikh 'bubar dewan'.
Sehubungan itu, Haji Yahaya mengarahkan agar semua bilik gerakan pilihanraya dibuka dan digerakkan untuk menemui semua pengundi.
Katanya, selain faktor keyakinan rakyat kepada PAS, faktor jentera pilihanraya yang berkesan merupakan pra-syarat meraih kemenangan.
"Kita boleh menang pilihan raya berkait faktor keyakinan rakyat kepada parti dan perjuangan kita (PAS),
"(selain itu) faktor yang berhubung-kait dengan jentera pilihan raya, (jika ia) bergerak (berfungsi) atau tidak lebih awal,"tegasnya

Ulasan