KUALA TERENGGANU - PAS memuji tindakan berani hampir 77 orang peneroka di Kertih 2 dan Kertih 3 mengemukakan saman dan menuntut wang tanam semula mereka dari pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) julung kali di Terengganu.
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata perundingan secara diplomasi telah diadakan beberapa kali, namun pihak Felda gagal menjelaskan wang tersebut.
Oleh itu, menurutnya, tuntutan melalui perundangan dan mahkamah yang dibuat pada Khamis 13 Oktober adalah jalan terakhir.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN Paka turut hadir di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu memberikan sokongan moral kepada para peneroka.
Sementara itu, Pengerusi Lujnah Pertanian PAS Terengganu Haji Muhyiddin Rashid berkata kes yang julung kali dibawa oleh para peneroka itu merupakan amaran kepada kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Katanya, ada beberapa kes lagi yang melibatkan penipuan pihak Felda keatas penerolka akan dibawa ke mahkamah.
Sehubungan itu, beberapa orang peneroka yang dinafikan hak mereka oleh kerajaan itu, menuntut hak mereka kerana tidak percaya Felda bagi menguruskan urusan menanam semula kelapa sawit mereka..
Seorang peneroka, Hashim Omar, 52, dari Ferda Kertih 3 mendakwa pihak pengurusan Felda gagal mengembalikan wang caruman tanaman semula kepada para peneroka.
Katanya, wang caruman peneroka sebanyak RM17,000 seorang tidak diserahkan oleh Felda yang terkumpul sejak lebih 20 tahun lalu.
“Kami (peneroka) buat tanam semula kelapa sawit secara persendirian dan tidak melibatkan Felda. Jadi wang caruman tanam semula kami dengan pihak Felda perlu dikembalikan kepada kami.
“Sejak tahun 1970, Felda tubuh tabungan untuk tanam semula yang dikutip secara bulanan pada kadar RM3.34 sen seekar hingga tahun 1984. Bermula Januari 1985, dinaikan kepada RM4.00 hingga sekarang.
“Setiap orang (peneroka) terkumpul RM1,700 x 10 ekar tanah ladang yang kini berjumlah RM17,000 seorang. Ini hak kami (peneroka) dan kembalikan hak kami!,” tegasnya ketika ditemui diperkarangan mahkamah tersebut.
Beliau yang juga Ketua Lajnah Peneroka di Dewan Undangan Negeri (Dun) Paka mendakwa tindakan Felda itu tidak sah yang menetapkan setiap urusan tanam semula diserahkan hanya kepada Felda.
Oleh itu, katanya Felda diberi tempoh tujuh hari untuk selesaikan jika tidak saman diteruskan dengan gantirugi teladan dan melampau termasuk lain-lain kos.
Mohd Senik, 56, dari Felda Kertih 2 berkata peneroka akan dipotong wang caruman tanam semula oleh pihak pengurusan Felda pada setiap bulan sebanyak RM40.00 seorang.
Menurutnya, jumlah caruman itu telah dipotong setiap bulan selama 25 tahun dengan andaian segala urusan tanam semula diserahkan kepada pihak Felda.
“Sekarang ini kami (peneroka) buat tanam semula secara persendirian dan tidak melibatkan Felda. Jadi serahkan semula wang caruman itu kepada kami untuk kerja-kerja tanam semula ladang,” jelasnya.
Peneroka Felda Kertih 3, Puan Faridah Abdul Razak, 56, merayu pihak kerajaan agar mengembalikan semula hak rakyat.
Katanya, slogan “rakyat didahulukan” tidak digunapakai hingga mendatangkan kesulitan kepada rakyat ke mahkamah.
“Kami (peneroka) bukan suka sangat hendak ‘main’ (bawa) kes mahkamah tapi inilah cara untuk dapatkan hak kami semua,” ujarnya.
Rakannya, Puan Rosnifah Abdul Ghani, 50, juga dari Felda Kertih 3 yakin kebenaran akan berpihak kepada rakyat dalam isu ini.
Katanya, bukan niat rakyat mahu “berperang” dengan kerajaan tetapi bagi menuntut hak yang dinafikan.
Menurutnya, golongan peneroka rata-rata berpendapatan rendah yang tidak wajar dibuat penganiayaan.
“Kami (peneroka) orang susah, kami pun rakyat dan bukan niat untuk ‘berperang’ dengan kerajaan. Cuma kami hendak dapatkan hak kami yang dinafikan sahaja.
“Berani kerana benar dan kami yakin kebenaran itu berpihak kepada peneroka yang teraniaya,” ujarnya.
Seorang warga emas, Fatimah Mat Husin, 57, dari Felda Kertih 2 bergelar warga felda lebih 30 tahun sebagai penerokanya.
Katanya, setiap tahun caruman tanam semula dibuat oleh pihak Felda terhadap peneroka kerana akur dengan syarat ‘perjanjian’.
“Sebenarnya, jika kita (peneroka) buat sendiri (tanam semula) lebih jimat dan untung daripada diserahkan kepada pihak pengurusan Felda,” ujarnya.
Menurutnya, selama ini rakyat tidak tahu hak peneroka hingga didedahkan oleh anak-anak generasi kedua.
Pada 13 Oktober lalu, seramai 77 orang peneroka Felda Kertih 2 dan Kertih 3 membawa kes tuntutan wang caruman tanam semula ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
Harakah dimaklumkan, jumlah tuntutan keseluruhan dibuat oleh para peneroka berkenaan berkait dengan wang caruman tanam semula itu sebanyak RM1.3 juta.
Tuntutan saman tersebut dikendalikan oleh Peguam Mohd Kamaruzaman Abd Wahab dari Firma Guaman Tetuan Aziz & Co dan telah diserah kepada Pendaftar Mahkamah pada jam 9.15 pagi.

Ulasan