PAS Terengganu lancar manifesto PRU-13 bertema "Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan"

KUALA TERENGGANU - PAS negeri Tererenggapi mengumumkan lima perkara dari kandungan manifestonya bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 sempena progrm Himpunan Kebngkitan Rakyat, PAS Ganti Umno (PGU100K) di Pantai Pandak, Chendering, Sabu 15 Oktober

Tawaran PAS kepada rakyat Terengganu bertema "Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan' telah dilancarkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

[Gambar -Pesuruhjaya PAS Haji Mohd Abdul Wahid Endut dan Timbalan Pesuruhjaya 1, Ustaz Satiful Bahri Mamat mengiringi Presiden melancarkan manifesto 'Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan']

Lima perkara dari kandungan manifesto yang diumumkna semalam adalah seperti berikut;

1. Melaksanakan pengecualian cukai kediaman

2. Menyelesaikan isu tanah rakyat yang dirampas oleh BN

3. Cuti 30 hari bergaji bagi kakitangan kerajaan kematian suami

4. Menyediakan 17,000 peluang kerja dalam tempoh 3 tahun, dan

5. Merakyatkan ekonomi dan menyediakan skim khas rakyat miskin.

Berita lanjut menyusul>>>

Ulasan