PAS yakin kumpul Dana RM5 juta yang diperlukan untuk hadapi PRU-13

KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu sudah mengarahkan semua jentera pilihanrayanya di setiap peringkat mempersiapkan keperluan kewangan bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13.

Menurut Pesuruhjayanya, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, PAS akan menyediakan perbelanjaan setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) sebanyak RM100,000 sebagaimana yang dibenarkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)

"Dalam nak hadap pilihanraya ke-13 ini berdasarkan kepada peruntukkan yang ditentukan oleh SPR bagi setiap DUN sebanyak RM100,000 bagi calon parlimen RM200,000,

"Maknanya bagi 40 kerusi, 32 DUN dan 8 kerusi parlimen, kita nak RM4.8 juta,"ujarnya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Dana Pilihanraya Umum ke-13 di sini semalam Jumaat 21 Oktober.

Namun, kata beliau yang juga ADUN Wakaf Memepelam, duit bukanlah segala-galanya, kerana PAS menang pada tahun 1999 dengan kewangan yang tidak cukup.

Menurutnya, kemenangan itu dicapai dengan bantuan dan pertolongan dari Allah, selain sumbangan para dermawan yang bukan hanya memberikan kewangan tetapi berupa input-input lain.

Selain perbelanjaan peringkat DUN dan Parlimen, kata Haji Wahid, PAS perlukan kewangan bagi membayar deposit calon dan juga deposit poster untuk kebersihan kepada pihak berkuasa tempatan

Justeru, keseluruhan keperluan menghadapi PRU-13 adalah sebanyak lebih kurang RM5 juta,

Beliau yakin dengan semangat dan usaha semua ahli dan penyokong, jumlah sebesar itu dapat dikumpulkan menjelang PRU akan datang.

Sejumlah lebih RM200,00 dapat dikumpulkan dalam Majlis Makan Malam semalam, yang turut dihadiri oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung, Dato' Mustafa Ali, Bekas ADUN Batu Burok Dato Wan Mutalib Embong dan tetamu khas, Naib Presiden Dato' Husam Musa serta Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said (Gambar)

Ulasan