MARANG - Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah menyelar sikap pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang melaksanakan pembangunan untuk nama dan politik, bukannya atas kepentingan rakyat.
Beliau berkata, pembangunan Pasar Kedai Buluh adalah satu bukti tindakan kerajaan Umno yang melaksanakan pembangunan untuk 'kemasyhuran' dan publisiti.
"Inilah (Pasar Kedai Buluh) bukti kerajaan Umno tidak peduli rakyat, bahkan hanya nak 'sohor', pasar tak siap lagi,
"paip (air) tak pakai (tidak boleh digunakan), elektrik tak cukup, tetapi sudah dirasmikan,"katanya ketika mengulas perkara yang dianggapnya sebagai 'tragedi' kepada rakyat Terengganu.
Menurutnya, beberapa kali beliau telah membawa masalah berkaitan pembinaan pasar tersebut ke dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (Sidang DUN) bagi memastikan ia dibangunkan dengan sempurna.
"Umpamanya, pada sidang DUN Disember tahun 2010, saya mempersoalkan kepada kerajaan negeri, mengapa petak lot-lot perniagaan telah diagih-agihkan,
"sedang pasar tersebut belum siap lagi,"jelas Ustaz Mohd Nor yang juga Ketua Pemuda PAS negeri Terengganu.
Menurutnya, sekiranya pembangunan yang dilaksanakan benar-benar untuk rakyat, kerajaan mestilah mamastikan sesuatu binaan atau bangunan itu, benar-benar siap dan selamat untuk digunakan.
Katanya, beberapa binaan utama yang dibina di negeri Terengganu, sebelum ini juga telah dirasmikan digunakan sebelum ia siap sepenuhnya.
"Stadium Sultan Mizan, Lapangan Terbang Sultan Mahmud, antara contoh binaan yang belum siap, tetapi telah dirasmikan dan digunakan, kerana mahukan 'nama' dan publisiti,
"akibatnya telah berlaku, apa yang seluruh dunia sudah tahu, Stadium Sultan Mizan runtuh,"tegasnya.
Beliau menyeru, supaya dibuat pemeriksaan terperinci keatas Pasar Kedai Buluh yang juga dilapor
kan mengalami keretakan dibahagian tepi bangunan dan kerosakan-kerosakan lain.
Katanya, pemeriksaan tersebut adalah perlu berdasarkan bangunan tersebut yang sepatutnya siap pada tahun 2009.
"Berdasarkan jawapan Exco Pembangunan dan Infrastruktur negeri, masalah kelewatan pembinaan adalah masalah bahan,
"jadi kena 'check' betul-betul, mungkin bahan yang digunakan dan proses pembinaannya tidak mengikut piawaian yang ditetapkan,"katanya.
Yang paling memalukan, katanya, TimbalanPerdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah merasmikan pasar tersebut, tetapi tidak sampai dua bulan ia didapati telah retak dan rosak.

Ulasan