Rakyat mesti bangkit; walau berdepan dengan apa jua halangan

MARANG - Rakyat Terengganu mesti bangkit menolak Umno dan Barisan Nasional (BN) walau berdepan dengan apa jua halangan.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata apa jua halangan mendatang tidak dapat menyekat kebangkitan rakyat Terengganu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Kampung Kubu, Pengkalan Berangan, dekat sini.

Katanya, Kehadiran puluhan ribu rakyat ke program Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti Umno (PGU) kali pertama, kedua dan ketiga, membuktikan kebangkitan rakyat bersama PAS.

Beliau yang juga Pengarah PGU 100K di Pantai Pandak, Chendering, Kuala Terengganu 15 Oktober lalu berkata, pelbagai halangan telah dilakukan oleh Umno sejak program PGU diadakan pada Januari lalu.

Ketika PGU diadakan di Chukai Kemaman, penguatkuasa Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) telah mencabut bendera-bendera PAS yang dipasang.

Sedangkan pada masa yang sama, katanya, bendera Umno dipasang di bangunan MPK.

Apabila PGU di adakan di Jerteh, Besut, Umno telah menganjurkan ceramah besar-besran dengan memanggil Ummi Hafilda dengan tujuan mengganggu program PGU.

"PGu di Kuala Terenggan) rancangan program PGU akan diadakan di Kampung Tanjung Kuala Terengganu telah dihalang oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

"seminggu sebelum diadakan program ini, Umno dan BN dibawah pimpinan Dato' Seri Ahmad Said telah bersegera menghalang himpunan kita,

"Tapi, AlhamduliLlah, walaupun berpindah tempat ini ia tidak menghalang rakyat untuk bersama-sama dengan kebangkitan bagi menumbangkan Umno dan Barisan Nasional,"tegasnya.

Beliau mendedahkan, perbuatan 'khianat' pihak tertentu pada PGU100K juga dilakukan bagi menyekat kemaraan rakyat.

Menurutnya, pasukan kawalan trafik Unit Amal telah menemui berpuluh-puluh 'paku payung' yang ditaburkan diatas jalan pada simpang empat Chendering.

"Ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menabur paku-paku ini, yang dicat dengan warna hitam supaya mengelirukan,

"cuba membocorkan tayar kereta pengunjung PGU100K, sekaligus cuba menakut-nakutkan rakyat untuk menyokong PAS,"ujarnya

Ulasan