Tahun ketiga berkorban di Mondanao


- Yayasan Amal ajak laksana ibadat membantu umat Islam Filipina
KUALA TERENGGANU - Sepuluh orang delegasi dari Yayasan Amal cawangan negeri Terengganu akan berangkat ke Mondanao pada 4 November depan bagi melaksanakan misi kemanusiaan dan melaksanakan ibadah korban di Mindanao, Selatan Filipina.

Menurut Pengarahnya, Dr Hj Suhazeli Abdullah, tahun ini merupakan tahun yang ketiga badan bukan kerajaan tersebut membantu umat Islam yang merupakan golongan minoriti dinegara terbabit.


 "InsyaAllah, 10 orang deligasi dari negeri Terengganu akan berlepas ke Mindanao pada 4 November ini bagi meneruskan program yang telah kita laksanakan sejak 3 tahun lalu,

"selain memberi bantuan, termasuk perubatan, kita akan laksanakan ibadah qurban dan aqiqah sempena Eidul Adha pada tahun ini,"ujarnya ketika menghubungi Buletinonline.

Beliau yang juga seorang doktor perubatan akan mengetuai misi Jabatan Amal Terengganu pada kali ini.

Menurutnya, fokus komuniti di Selatan Filipina, khususnya Mindanao dipilih berdasarkan kepadatan kependudukan umat Islam berbanding dengan lokasi-lokasi lain.

Bandar Marawi di tengah Mindanao akan menjadi markaz gerakan misi kemanusiaan Jabatan Amal Terenggganu pada tahun ini.

"Destinasi kita adalah tengah Mindanao di Selatan Filipina dan tumpuan program qurban serta aqiqah pada kali ini adalah bandar Marawi, tengah Mindanao,

"bandar Marawi dipilih kerana ramai penduduk beragama Islam dan di situlah tumpuan jumlah teramai pelarian perang-IDP (International Displace People),"jelasnya.

Katanya, Yayasan Amal akan berurusan dengan Bangsamoro Developmental Agency (BDA), sebuah badan gabungan kerajaan Filifina dan Bangsamoro Mindanao.

Justeru beliau menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya rakyat negeri Terengganu memberikan sumbangan dan bersama-sama melakukan ibadah qurban di Mindanao pada tahun ini.

"Saya menyeru penduduk Malaysia khususnya rakyat Terengganu, bersama-sama menjalinkan ukhuwwah dengan melaksanakan qurban serta aqiqah pada tahun ini di Mindanao.

"sedikit sumbangan yang anda berikan adalah menjadi harapan yang besar kepada penduduk yang memerlukan di Mindanao,"katanya.

Ulasan