SETIU - Untuk menegakkan Islam adalah wajib masuk pilihanraya dan melakukan kerja-kerja untuk menang pilihanraya.
Ia berdasarkan sepakat ulamak mengatakan barang yang tidak sempurna wajib melainkan dengannya, maka ia adalah wajib.
Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata dalam amalan politik dunia hari ini untuk memerintah negeri bagi melaksanakan Islam, wajib masuk pilihanraya dan menang pilihanraya.
[Gambar - Pemuda Setiu mengetuai pembacaan ikrar akan bekerja bersungguh-sungguh menumbangkan Umno dan BN dlam pilihanraya akan datang]
Menurutnya, pemerintahan PAS yang lalu telah meletakkan syariat Islam menjadi perundangan di negeri Terengganu.
Oleh itu, tidak ada syak kepada umat Islam di negeri Terengganu untuk melaksanakan kerja-kerja yang dilakukan oleh PAS bagi menggantikan Umno
"(Islam) menyuruh umat Islam masuk pilihanraya, bertanding pilihanraya (dan) bekerja untuk menang pilihanraya,
"di negeri Terengganu, kita (PAS) dah pacak syariat Islam dah pacak hukum Islam, maka tidak ada sebab bagi kita ragu dan syak nak menjalan kerja parti PAS (menggantikan Umno),"tegasnya.
Beliau berkata demikian dalam ucap utamanya merasmikan Ijtimak Pilihanraya PAS Kawasan Setiu, di Pondok Mtlin Badrain, Jabi dekat sini.
Katanya, ia adalah peluang yang diberikan oleh Allah kepada orang-orang Islam, pahala berjuang untuk menegakkan agama Allah.
Katanya, ia dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran melalui surah as-Saf ayat 10 hingga ayat 13.
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
"Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.
"Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman,"jelasnya.

Ulasan