Calon PAS; Keputusan Syura menolak Zulkifli Nordin betul

KUALA TERENGGANU - Tindakan Majlis Syura Ulamak PAS menolak pencalonan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin pada dua penggal lalu adalah tepat.

Walaupun ketika itu, beliau merupakan Yang DiPertua PAS Kawasan, namun Majlis Syura melihat beberapa kriteria yang ditetapkan tidak dapat dipenuhi oleh Zulkifli.

"Pengalaman dlam Majlis Syura, kita pernah tolak beberapa orang calon, antara yang kita pernah tolak (ialah) Zulkifli Nordin, Syura pernah tolak dia sebagai calon PAS,


"waktu itu dia pegang jawatan YDP Kawasan. Syura buat keputusan bahawa untuk jadi calon PAS beberapa kriteria kena ada, yang kebetulan pada waktu itu kita melihat, tidak ada pada beliau,

"dan sekarang tuan-tuan tengok apa yang berlaku (kepada Zulkifli),"ujar Ketua Penerangan PAS, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

[Gambar - Dato' Tuan Ibrahim memperkatakan sesuatu kepada Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat]

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam program Gempur Penerangan PAS Terengganu pada Sabtu 26 November di Markaz tarbiah Kuala Ibai dekat sini.

Oleh itu, katanya, PAS akan menampilkan calon-calon yang berwibawa pada pilihanraya akan datang berdasarkan peribahan 'mood' rakyat yang menjadi pengundi.

Beliau yang juga Ahli Majlis Syura berkata, PAS perlu bersama dengan perubahan tersebut yang antaranya melihat faktor calon adalah faktor yang penting.

"Pengundi (sebagai contoh) Kelantan, dia boleh tukar pada bila-bila masa, dari menang 36 kerusi pada 1990 PAS hanya tinggal satu kerusi (majoriti) dalam pilihanraya berikutnya,

"maknanya (dengan) perubahan ini, kita kena bersama dengan mood rakyat yang nak lihat, faktor calon adalah faktor penting,"jelasnya.

Menurutnya, Majlis Syura pada mesyuaratnya yang akan datang akan meniliti semua bakal-bakal calon pilihanraya umum ke-13 akan datang, yang dihantar oleh pihak negeri-negeri.

Ulasan