Hakisan pantai Tok Jembal tak selesai

- Kerajaan digesa kaji teliti, kontraktor diminta tampil bertanggungjawab
KUALA TERENGGANU - Berpuluh-puluh juta ringgit telah dibelanjakan untuk kos membayar kontraktor, batu-batu dan pasir yang dicurahkan, namun hakisan pantai Tok Jembal dekat sini tidak selesai.

Kajian yang dijanjikan oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus Dato' Nasir Ibrahim Fikri untuk mencari jawpab sebenar punca hakisan tersebut, senyap tanpa berita.



Hakisan tersebut mula merebak selepas beberapa bulan projek pemanjangan landasan Lapangan Terbang Sultan Mahmud disiapkan.

Orang-ramai berpendapat, pengunjuran benteng sejauh satu kilometer ke dalam Laut China Selatan disyakki menjadi punca hakisan yang tidak pernah berlaku sebelum itu.

Bermula dari pantai berhampiran lapangan terbang, ia melebar jauh lebih satu kilometer sehingga pantai berhampiran Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Sehubungan itu, PAS Terengganu menuntut kerajaan melaksanakan satu kajian teliti yang dilaksanakan oleh agensi yang berkelayakan dilakukan dengan segera.

Menurut Pengerusi Lujnah Alam Sekitar dan Pengguna PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim, hasil kajian tersebut perlu didedahkan untuk makluman umum.

"Kita (PAS) tuntut kerajaan Umno/BN melaksanakan satu kajian dan membentangkan hasilnya kepada rakyat,

"seterusnya perlaksanaan tindakan pemulihan dan pembaikian (dibuat) berdasarkan hasil kajian,"ujarnya.

Beliau berkata duit rakyat tidak wajar dibelanjakan untuk menanggung 'beban' puluhan juta ringgit, akibat hakisan yang berlaku tanpa sebarang pemakluman.

Beliau turut menyarankan agar kontraktor Pembesaran Lapangan Terbang tampil mengambil tanggungjawab menanggung sebahagian kos.

Menurutnya, beliau dimaklumkan pengunjuran landasan terbang ke dalam laut dalah menggunakan kaedan 'tebusguna' dimana pasir dari dasar lautan dipam untuk penambakan.

"Apabila pasir dasar laut di alihkan, bermakna pemusnahan 'beting pasir' yang selama ini dapat menahan gelombang terutamanya dimusim tengkujuh,

"kaedah tebusguna (reclamation) tersebut menyebabkan tiada lagi halangan gelombang bawahan menyebabkan ombak terus menghempas ke pinggir pantai,"jelasnya.

Akibatnya kata beliau, ombak akan menghakis apa sahaja yang terdapat dipinggir begi menwujudkan beting pasir baru didasar lautan.

"Sebab itulah berlaku hakisan dan selagi mana beting pasir itu tidak terbina selagi itulah akan akan berlaku hakisan,"ujarnya.

Katanya, pada kebiasaan, setiap kontrak sesuatu projek 'ada masa edahnya' dimana pada waktu tersebut, sebarang kerosakan yang berlaku kesan dari projek berkenaan haruslkah diambil tanggungjawab.

Beliau menyatakan rasa dukacita terhadap penduduk sekitar yang kehilangan harta benda kesan hakisan tersebut sedangkan ada diantara mereka tidak mendapat manfaat secara langsung dari projek pembesaran lapangan terbang.

"Mungkin hanya beberapa kerat penduduk Kampung Tok Jembal yang mampu memanfaatkan kemudahan lapangan terbang tetapi ‘tempias ombak Laut Cina Selatan’ membasahi mereka,

"serta menggugat ketenangan dan keharmonian kehidupan seharian yang rata-ratanya adalah kelompok nelayan pantai,"katanya.

Berita terkait sebelum ini;

Pemanjangan Landasan terbang Punca Hakisan
Hakisan Pantai Tok Jembal Merebak, Penduduk Bimbang

Ulasan