Hubungan Ukhuwwah tidak akan putus

- PAS Kuala Nerus teruskan Ekspedisi ke Kampoung Mak Jintan
SETIU
- PAS Kawasan Kuala Nerus akan terus mengambil tanggungjawab membantu para penduduk Kampung Mak Jintan walaupun kampung tersebut terpisah dari persempadanan politik dengan kawasan parlimen itu.

Menurut Yang DiPertua PAS Kuala Nerus, Cikgu Shukrimun Shamsuddin program ziarah dan sumbangan bantuan berterusan ke kampung terbabit memandangkan ia tidak diambil perhatian oleh pihak berwajib.


"kita buat (lawatan) sokmo, kita tak ikut musim, kalau ada orang mari, kita mari, Insyaalah. Dan kita tahu (di)sini ni tak berapa diberi perhatian sangat

oleh pihak berwajib, kita ambil tangungjawab kita ni dan kawasan kita (Kuala Nerus),"ujarnya ketika ditemui Skuad Buletin selepas program Ekspedisi Ukhuwwah yang diadakan pada Ahad, 27 November.

Beliau berkata, PAS memberikan bantuan berupa barangan dapur bagi meringankan beban penduduk menghadapi musim banjir sekadar termampu.

Menurutnya yang juga Bendahari PAS Terengganu, sebelum ini PAS Kuala Nerus menyumbangkan sebuah penjana elektrik bermotor untuk kegunaan penduduk dan InsyaAllah akan meningkatkan taraf hidup penduduk, sekiranya diberi mandat menjadi kerajaan.

"kita mari (ke sini) bawa apa-apa yang kita mampu lah setakat ni. Sesekali (penduduk di sini) yang bersunggut tu sokmo-sokmo berlaku masalah jalan, tiang api pun tak ada lagi, yang tu biasa lah. setakat 'enjin api' (yang kita beri) tu boleh pakai dah.

"dah setakat kita bukan (diberi mandat sebagai ) kerajaan (kalau) nak bantu peringkat (sehingga nak) buat jalan tu tak mampu lagi lah (kecuali diberi mandat nanti),"jelasnya.

Walau pun beliau tidak lagi menjadi Ahli Parlimen Kuala Nerus, Cikgu Shukrimun berazam akan terus memberikan khidmat dan merapatkan ukhuwwah diantara PAS dengan penduduk Kampung Mak Jintan,

"kita akan mari sokmo, (kalau kita buat program) kita akan jemput sokmo, jadi, kita tak mboh (mahu) wi (jadi) putus hubungan, ni macam berjanji juga lah, kalau ada berlaku bersempadanan semula ke, InsyaAllah kampung ni, kita akan teruskan kerana hubungan kita bukan (setakat) hubungan politik,  (namun) hubungan ukhuwwah,"tegasnya.

Turut sama dalam rombongan PAS Kuala Nerus adalah Penolong Setiausaha PAS Terengganu merangkap Setiausaha PAS Kuala Nerus Ustaz Zakaria Dagang, Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Kawasan dan Pemuda DUN Tepuh.

Ulasan