14 November 2011

Jangan rampas tanah petani

SETIU - Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu diminta melibatkan para petani dengan projek-projek yang dilaksanakan bagi menjamin kehidupan mereka pada masa depan

Pengerusi Lujnah Pertanian PAS Terengganu Hji Muhyiddn Abdyul Rashid menggesa kerajaan memberikan hak milik kekal keatas tanah-tanah sawah padi yang telah diusahakan oleh para petani dan bukannya merampas tanah-tanah tersebut.

"Kita (PAS) mengalu-alukan kerajaan memajukan kawasan ini, tetapi kita minta hak kita ini jangan dipersia-siakan supaya kerajaan melibatkan kita sama dengan memberikan hak milik tanah kepada kita semua yang telah menghidupkan tanah sejak lebih 40 tahun,"tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berhimpun bersama-sama lebih 50 orang petani dari kampung Jelapang dan kampung Bukit Layat dekat sini yang berhimpun menuntut hak-hak mereka.

Perhimpunan Aman selama 45 minit tersebut diadakan berhampiran dengan kawasan sawah Kampung Jelapang.

Menurut Haji Muhyiddin, PAS negeri Terengganu menyokong penuh tuntutan rakyat terutamannya oleh para petani.

Katanya, kerajaan PAS Terengganu telah memulakan inisiatif menjamin hak-hak petani terbabit dengan memberikan pemilikan semenatara (TOL) pada tahun 1999 hingga 2004.

Selain menuntut hak milik tanah, Haji Muhyiddin turut membacakan empat lagi tuntutan petani terbabit,

>>Kembali untuk berita selanjutnya>>

Tiada ulasan:

Menjunjung Kasih Titah Agong; Fokus Tangani Covid-19

KUALA TERENGGANU - Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, ...