Jenayah kanak-kanak tertinggi; ada sesuatau tak kena

- Tidak mungkin kanak-kanak cerdik, khatan al-Quran jadi penjenayah
KUALA TERENGGANU
- Sebuah akhbar arus perdana pada Isnin, 14 November mendedahkan satu lagi fenomena sosial yang memalukan rakyat dan negeri Terengganu.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, dalam kenyataanya kepada akhbar tersebut, Pengarah Bahagian Kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Arfan Sulaiman menyatakan, Terengganu adalah negeri tertinggi di Semenanjung mengalami peningkatan jenayah dikalangan kanak-kanak.

"Pengarah Bahagian Kanak-kanak JKM, Arfan Sulaiman, menyatakan bahawa Terengganu adalah negeri ke 3 paling tinggi peningkatan kadar jenayah kanak-kanak iaitu sebanyak 41%,selepas negeri pertama Sarawak 87% dan Sabah 60%,

"Terengganu adalah negeri paling tinggi kenaikan di Semenanjung! Ini sangat memalukan rakyat dan negeri Terengganu,"ujarnya ketika menghubungi Buletinonline.

Beliau berkata, dengan kenyataan tersebut, ada sesuau yang 'tidak kena' dengan pencapaian-pencapaian peringkat kanak-kanak yang diheboh-hebohkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Menurutnya, tidak mungkin jadi dua keadaan pada satu-satu masa iaitu, pada masa yang sama Terengganu diisytiharkan sebagai pemecah rekod dengan ramainya kanak-kanak yang khatam al-Quran dan pada pada masa yang sama Terengganu jadi 'juara' kanak-kanak melakukan jenayah.

"Kerajaan memprogandakan, pada tahun ini kononnya seramai 20.000 kanak-kanak khatam al-Quran, bermaksud 20,000 kanak-kanak tamat dan faham al-Quran,

"tidak mungkin mereka yang faham al-Quran kemudiannya menjadi 'penjenayah,"kata Wan Sukairi.

Begitu juga menurutnya, tidak mungkin sekiranya kanak-kanak yang memiliki pemikiran yang cerdik, pandai dalam pelajaran juga cenderung melakukan jenayah.

Beliau berkata, kerajaan Umno/BN begitu 'mempolitikkan' pencapaian pelajar dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) demi untuk mengekalkan kuasa.

"Bagi saya, itulah akibatnya, terlalu mengejar kuasa, sehingga sanggup mempolitikkan kanak-kanak, setiap yang mereka buat di 'manipulasi',

'akibatnya, berlaku ketidakseimbangan antara pencapaian akademik dan pencapaian akhlak dan moral,"tegas Wan Sukairi.

Menurutnya, sikap pemimpin juga memberi kesan kepada pemikiran kanak-kanak, kerana mereka selalu menjadikan pemimpin itu sebagai panduan dan idola.

Sekiranya, tindakan seorang pemimpin itu tidak seimbang, cenderung kepada perkara yang 'lgha' melekakkan, sukan dan permainan, kanak-kanak akan melihat kehidupan 'bercermin' kepada sikap pemimpin. 

Justeru, katanya, Menteri Besar Ahmad Said selaku Menteri Besar sepatutnya memberikan lebih tumpuan untuk pembinaan insan rakyat Terengganu bukan sekadar sanggup berbelanja RM100,000 sebulan hanya untuk mendapatkan khidmat pemain bolasepak bagi pasukan Terengganu.

Ulasan