SETIU - Walaupun Kampung Mak Jintan terletak dalam Dewan Undang Negeri (DUN) Tepuh dan Parlimen Kuala Nerus, namun tidak ada jalan terus yang menghubungkan kampung tersebut dengan DUN Tepuh.
Kampung yang mula dibuka sekitar awal 1980-an itu, tidak dikenali ramai, sehinggalah Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi hadir ke kampung Jelapang yang hampir dengan kampung Mak Jintan.
Menteri Besar Terengganu yang baru ketika itu, Dato' Seri Ahmad Said, menjemput Abdullah 'kononnya' untuk merasmikan projek Jelapang Padi Mak Jintan seluas 3000 ekar, pada 14 Jun 2008.
Pada tarikh bersejarah tersebut juga, penduduk Kampung Mak Jintan, Kampung Jelapang, daerah Setiu dan seluruh rakyat Terengganu telah menyaksikan janji-janji kosong dan 'penipuan' kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).
[Gambar kanan - dirakamkan pada 27 November 2011, kawasan yang 'kononnya' akan diberikan seluas 10 ekar seorang kepada para petani, masih hutan!]
Ahmad Said ketika berucap dalam Majlis tersebut telah berkata kerajaan Persekutuan yang telah menyekat pembayaran tunai 5% royalti minyak bersetuju mengembalikan semula wang tersebut kepada kerajaan Terengganu.
Beliau berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menyatakan persetujuannya tengahhari hari itu, selepas majlis perjumpaan di Kuala Terengganu.
Namun sehingga kini, pembayaran tunai royalti 5% belum dinikmati oleh rakyat Terengganu dan kerajaan pusat masih membayar wang tersebut dengan nama 'Dana Khas Kerajaan Persekutuan'.
Kontroversi Ahmad dan Projek Padi Jelapang
Hampir setahun selepas itu, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said dalam sidang medianya pada Mac 2009, berkata projek penanaman padi di Mak Jintan sedang berjalan.
“Untuk permulaan ini kita nak buka ladang kita di Mak Jintan, di kawasan Setiu,
“sekarang ni kerja-kerja sedang berjalan, untuk 1500 ekar dulu, di jangka dalam masa sebulan lagi, bulan 3 (Mac) atau bulan 4 (April), 100 ekar pertama akan mula ditanam, oleh petani kampung,
“kemudian kita akan teruskan program ini menjadi 1500 ekar, program ladang padi ini, yang akan kita berikan kepada petani 10 ekar seorang,”katanya.
Namun setelah tiga tahun berlalu, tidak ada seekar tanah pun yang diberikan kepada para petani di Jelapang untuk menanam padi!
[Gambar kiri - dirakamkan pada bulan Mac 2009, Rujuk berita Buletinonline yang tersiar "Ladang Padi Mad said Lebong Lagi"]
Cadangan menanam padi Jelapang Mak Jintan mula tercetus pada bulan April 2008, sebaik kontroversi pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu selesai.
Pada 27 April 2008 agensi Bernama melaporkan Ahmad Said berkata, kerajaan Terengganu merancang membuka 3,200 hektar kawasan sawah padi dalam usaha untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan beras negara.
Beliau berkata projek itu yang akan dilaksanakan di Setiu melibatkan penanaman padi tiga kali setahun dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.Katanya kerajaan negeri akan mengemukakan cadangan projek itu kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi mendapatkan peruntukan.
"Projek ini akan dilaksanakan sebaik kami mendapat peruntukan daripada kementerian," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) kampus Wilayah Timur di sini hari Ahad.
Namun peruntukan RM100 juta itu tiba-tiba bertukar.
Pada 16 September 2009 Ahmad berkata pula, projek tersebut yang melibatkan kos sebanyak RM46 juta termasuk kemudahan pengairan, infra dan pembaikan kawasan serta perataan tanah
Laporan Utusan Malaysia itu menyebut Ahmad berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Tuai Padi di Kampung Mak Jintan.
Semasa perasmian projek penanaman padi itu Perdana Menteri telah berjanji kerajaan Pusat bersetuju untuk membina sebuah empangan kecil di daerah Setiu.
Katanya, ia akan dilaksanakan tidak lama lagi, bagi mengatasi masalah banjir supaya hasil tanaman petani tidak terjejas oleh bencana alam itu.
Abdullah juga berkata, selain itu empangan berkenaan juga adalah untuk tujuan menyalurkan air kawasan pertanian termasuk sawah yang diusahakan di daerah itu.
''Kerajaan prihatin terhadap nasib rakyat di sini sebab itu projek empangan ini akan dilaksanakan," katanya semasa berucap merasmikan Jelapang Padi Mak Jintan sebagaimana laporan Utusan.
Setelah semua janji-janji tersebut tidak ditepati, kerajaan Umno dan BN kini mahu merampas pula tanah-tanah rintahan sawah padi di Kampung Jelapang yang telah diusahakan oleh rakyat sejak 45 tahun yang lalu.
Ura-ura kerajaan mahu menjadikan kawasan tersebut sebagai satu mini estate padi telah ditentang oleh para pesawah padi yang mendakwa mereka telah ditipu dan dizalimi.
Dalam pada itu, Kampung Mak Jintan yang namanya disebut-sebut, dan terpalit dengan kontroversi projek tanaman padi itu sebenarnya tiada langsung aktiviti penanaman padi.
Malah, setelah lebih 30 tahun Kampung Mak Jintan dibuka, belum terdapat bekalan air bersih dan elektrik, selain kemudahan jalanraya yang tidak sempurna.
Seramai 70 orang penduduk dari 11 keluarga yang tinggal di kampung Mak Jintan masih menggunakan penjana kuasa elektrik bermotor yang dihadiahkan oleh PAS Kawasan Kuala Nerus.

Ulasan