Lima Video Klip paling top Buletinonline Channel

KUALA TERENGGANU - Buletinonline Channel, mula memaparkan 'Klip Video Kecil Yang Bermakna' pada 4 Januari, 2009 dengan siaran video klip pertama sewaktu kempen Mansuhkan PPSMI baru bermula.

Video klip pertama yang diterbitkan pada 5 Mac, 2009, adalah ucapan Dato' Ustaz Abu Bakar Chik selaku Pengerusi Lujnah Pendidikan PAS Pusat merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu waktu itu.

Perbagai peristiwa yang dirakamkan, kebanyakannya secara spontan selain terancang.

Antara video spontan yang paling menarik adalah rakaman pendaratan dua buah helikopter yang mengangkut Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa kempen pilihanraya kecil Manek Urai yang bertajuk 'Pitih Rasuah Turun Dengan Helikopter '

Turut dibawa turun adalah beberapa buah beg yang disyakki membawa 'wang' yang tidak dijawab oleh Tan Sri Muhyiddin, apabila dipersoalkan oleh Dato' Husam Musa.

Rakaman video dan liputan Buketinonline turut dilaporkan oleh TV PAS dengan tajuk 'Muhyidin perlu perjelas kandungan beg hitam'.
Bahkan Buletinonline Channel tidak ketinggalan membuat liputan pada setiap pilihanraya kecil, kecuali Bukit Selambau, Batang Ai, Sibu, Batu Sapi dan Merlimau.

Berikut dipaparkan lima klip video paling 'hits' Buletinonline Channel sehingga kini;










Ulasan