Misi Yayasan Amal Terengganu ke Mindano berjaya

MARAWI, Mindanao - Misi kemanusiaan Yayasan Amal ke Mindanao dengan Program Penglibatan Komuniti setempat, tamat dengan jayanya.

Pengarah delegasi, Dr Suhazeli berkata, antara program yang dibawa bersama misi tersebut adalah perlaksanaan ibadah korban yang menjadi tuntutan pada sambutan Eidul Adha.

Menurutnya, sebanyak 40 ekor lembu dan 50 ekor kambing yang diamanahkan oleh orang ramai kepada Yayasan tersebut telah berjaya dilaksanakan.

[Gambar - Dr. Suhazeli ketika berucap di Darul Abrar]

"AlhamduliLlah, kita telah berjaya dengan kerjasama komuniti setempat di sini, berjaya menyembelih 40 ekor lembu korban dan 50 ekor kambing,

"Saya bagi pihak Yayasan Amal mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang sangat baik daripada Perbadanan Kemajuan Bangsamoro (Bangsa Moro Develkopment Authority-BDA),"ujarnya.

Menurutnya, tanpa kerjasama BDA, agak sukar untuk melaksanakan amanah yang diberikan memandangkan Mindanao adalahn sebuah wilayah yang agak luas.

Katanya, pihak BDA telah memberikan khidmat pemerolehan, pengangkutan dan pengagihan lembu dan kambing korban.

Selain itu, menurutnya, Yayasan Amal pada misi kali ini juga telah mengadakan dua program tambahan yang sangat bermakna kepada delegasi tersebut.

"Lawatan ke hospital swasta 'berkebajikan' di bandaraya ini telah memberikan pengetahuan dan pengalaman kepada ahli-ahli delegasi,

"pengibatan komuniti yang dipandu arah oleh BDA juga membawa delegasi menziarahi sebuah perkampungan ilmu 'Darul Abrar', meruapakan usaha baru dalam menyusun masyarakat setempat disini,"jelasnya kepada Buletinonline.

Program yang bermula pada 4 November itu akan berakhir pada Selasa 8 November apabila delegasi yang diangotai sepuluh orang pulang ke tanah air.

Buletinonline merupakan 'rakan media' yang menbuat liputan bagi misi Yayasan Amal Terengganu pada kali ini.

Ulasan