Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) mendesak Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak menyatakan pendirian rasmi sama ada beliau mahu membubarkan parlimen tanpa menunggu Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihanraya selesai menjalankan tugasnya atau benar-benar bergantung kepada hasil resolusi PSC untuk memastikan perjalanan pilihanraya di Malaysia berlangsung dalam keadaan bersih dan adil.
Bagi DPP Malaysia, pendirian rasmi ini penting supaya rakyat boleh mengukur nilai keikhlasan dan kesungguhan beliau dalam memastikan perjalanan pilihanraya di Malaysia benar-benar adil. Jika beliau sentiasa dalam keadaan sindrom penafian atau ‘denial syndrome’ seperti sekarang ini, atau hanya mendiamkan diri, rakyat menganggap pentadbiran beliau sangat lemah, malah jauh lebih teruk daripada pentadbiran Perdana Menteri sebelum ini.
Jika PM membubarkan Parlimen sebelum tempoh PSC sempat menjalankan tugasnya, jelaslah bahawa PM hanya beretorik, tidak beradab kerana tidak menghormati Parlimen dan penubuhan PSC hanya sekadar kosmetik bagi mengabui mata rakyat. Jawatankuasa Khas Parlimen akan dianggap sebagai tempat ‘melepas batuk ditangga’ bagi mengelak lebih banyak serangan dihalakan kepada beliau.
DPP Malaysia menegaskan bahawa rakyat seluruhnya tidak sanggup menghadapi PRU ke 13 dalam suasana penuh penipuan, penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa. Telah berdekad lamanya politik serta demokrasi di Malaysia berada dalam keadaan tidak sihat berbanding dengan negara-negara lain. Juga bertahun lamanya rakyat diperbodohkan dengan piliharanya berat sebelah serta kempen tidak adil seperti yang diamalkan oleh kerajaan BN selama ini. Rakyat mengharapkan PRU ke 13 nanti diadakan dengan suasana yang lebih baik di atas padang yang sama rata.
Justeru, DPP Malaysia juga memberi amaran kepada Perdana Menteri bahawa Himpunan Bersih 3.0 akan digerakkan dengan sokongan sejuta rakyat Malaysia jika reformasi dalam pilihanraya tidak dibuat sebelum PRU ke 13. Himpunan 3.0 kali ini pastinya akan lebih besar dengan partisipasi seluruh parti politik, NGO, tokoh politik dan negarawan dari pelbagai latar belakang yang cintakan keadilan di negara ini.
Sementara itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memberi sokongan penuh untuk BERSIH 3.0 sedia dilancarkan bila-bila masa dari sekarang. SAMM melihat pelancaran BERSIH 3.0 adalah demi memastikan BN benar-benar menunaikan janjinya terlebih dahulu sebelum membubarkan parlimen. Tarikh untuk perhimpunan BERSIH 3.0 juga sudah dipilih dan akan diumumkan oleh seketariat BERSIH dalam masa terdekat.
BERSIH 3.0 yang bakal dilancarkan ini juga bertujuan untuk memberi kata dua kepada Perdana Menteri samada lakukan perubahan sistem pilihanraya terlebih dahulu sebelum PRU13 atau berdepan dengan satu lagi perhimpunan protes rakyat terbesar dalam sejarah.
SAMM berpendapat, pengumuman tarikh BERSIH 3.0 akan turut menjadi faktor pemantau perjalanan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) supaya ia tidak dilengah-lengahkan dengan sengaja di atas muslihat tertentu. Penetapan tarikh BERSIH 3.0 adalah selari dengan peluang yang diberi kepada kerajaan untuk buktikan penambah-baikkan sistem pilihanraya melalui PSC.
Sehubungan itu, Peguambela & Peguamcara SaibullahM.V.Nathan& Co tela mengedarkan pemakluman media tentang pelancaran Petisyen Rakyat Tuntut Pilihanraya Bersih.
Sidang akhbar untuk mengumumkan pelancaran petisyen itu akan diadakan pada Rabu16 November, 2011 jam 2 petang di Dewan Perhimpunan Cina Selangor.
Menurut siaran media itu, Puan Rosni Malan, balu Allahyarham Baharuddin Ahmad, yang meninggal dunia semasa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai, 2011, dan Puan Anne Ooi, yang kini dikenali sebagai Auntie Bersih, akan turut bersama untuk melancarkan petisyen tersebut.

Ulasan