MARANG - Aktiviti sukan lasak seperti menunggang kuda, berenang dan memanah pada zaman moden ini juga merupakan sebahagian dari ajaran Islam.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata sukan-sukan lasak yang diperkenalkan menjadi sebahagian dari bab yang terkandung dalam kitab fiqh Islam.
Menurutnya aktiviti lasak tersebut bertujuan bagi menguatkan diri orang Islam sebagai persiapan dalam perjuangan dan berjihad.
“Sukan-sukan lasak ini menjadi sebahagian daripada bab dalam kitab feqh. Ini banyak (ramai) orang kita tidak tahu. Sebahagian sukan lasak bertujuan menguatkan diri orang Islam.
“Disebut oleh Nabi SAW, ‘Orang yang beriman, yang kuat dan gagah lebih baik dari orang yang beriman yang lemah, yang tidak kuat dan tidak gagah’.
“Orang yang beriman yang kuat dan gagah, dia boleh pergi ke mana-mana. Dia boleh masuk di mana-mana, dia boleh lasak di mana-mana. Tahan menghadapi ujian, tahan menghadapi kepayahan,” ujarnya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Pacuan Sokongan Alternatif Kebajikan (Pasak) 4x4 Adventure Kembara, di Pentas Rusila, Marang, 11 November lalu.
Malah, katanya Allah Ta’ala memberi kelebihan kepada orang yang boleh berjihad menggunakan tenaga dengan bersungguh mengatasi golongan yang duduk sahaja.
Menurutnya, disebut oleh ulama’ jarak antara orang yang duduk saja dengan orang yang keluar seperti antara langit dengan bumi pada hari kiamat kelak.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyifatkan aktiviti sukan lasak boleh membina jati diri dalam melakukan kerja-kerja yang mencabar.
“Islam menyuruh kita melatih sukan-sukan lasak, sukan yang membina jati diri. Membina kekuatan diri untuk melakukan kerja-kerja berat. Perjalanan yang jauh, mengharungi lautan, meredah hutan, naik bukit dan tempat-tempat yang susah untuk melatih diri dalam perkara ini.
“Dia (aktiviti lasak) menolong anak-anak muda kita dalam tahan lasak membuat kerja-kerja harian dan menolong tahan lasak untuk berjuang Islam.
“Jangan kita mengharamkan zat sukan itu. Apa yang patut diajar bila tiba waktu sembahyang dia kena sembahyang, kena tutup aurat, jaga pergaulan bebas, jaga masa dengan tepat, tolong-menolong antara satu sama lain,” ujarnya.
Katanya, mana-mana pihak yang mempertikaikan aktiviti sukan lasak dengan Islam menunjukkan kedangkalan dalam memahami feqh Islam.
Ustaz Abdul Hadi menjelaskan, Nabi SAW dan para sahabat turut menguasai ilmu kemahiran fizikal ketika menunggang kuda, memanah dan sebagainya.
“Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur yang menubuhkan sukan lasak ini. Mudah-mudahan diberkati oleh Allah dan diberi kekuatan oleh Allah menjadi seorang Islam yang kuat, yang pandai, yang bijak, yang boleh menegakkan agama dan mempertahankan diri kita dengan agama, dengan kekuatan dan latihan,” tegasnya.
Hadir sama pada majlis tersebut Yang Dipertua PAS Marang, Yahaya Ali, Setiausaha PAS Marang, Hasan Jusoh dan Exco Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohamad Khalil Abdul Hadi.

Ulasan