Terlalu 'Bodoh' Untuk Seorang Exco Kerajaan Terengganu!

KUALA TERENGGANU - Jawapan yang diberikan berkaitan isu sawah padi Kampung Jelapang oleh YB Ashaari Idris selaku Exco Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Terengganu dianggap 'terlalu bodoh'.

Setiausaha Majlis Tindakan DUN Langkap Abdul  Raof b Mohamed berkata, jawapan yang diberikan oleh Ashaari tidak masuk akal sama sekali.

"Jawapan YB Ashaari mengatakan bahawa beliau tidak jumpa nama-nama pemilik tanah sawah padi kampung Jelapang adalah tidak masuk akal dan terlalu bodoh bagi seorang Exco kerajaan,

"semua maklumat berkaitan pemilik tanah ada di pejabat tanah Setiu dan beliau boleh mendapatkannya pada bila-bila masa,"ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Makan Malam Penerangan Konsep Negara Berkebajikan yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Setiu di sini Khamis, 17 November.

[Gambar - Ketua Penerangan PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, berucap dalam Majlis Makan Malam yang turut dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut]

Abdul Raof yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Padi Kmpung Jelapang berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ashaari dalam sebuah akhbar beberapa hari lalu.

Kenyataan Ashaari adalah ekoran 50 orang pesawah padi dari Kampung Jelapang dan Kampung Bukit Layat telah berhimpun secara aman di kawasan sawah padi mereka pada 13 November lalu.

Para pesawah mengadakan demonstrasi dan menyatakan bantahan atas tindakan zalim kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang didakwa menipu para peswah dan bercadang merampas tanah mereka untuk dijadikan 'mini estate'.

Sehubungan itu, Abdul Raof berkata, pihaknya telah mempamirkan senarai nama pemilik tanah padi terbabit melalui tulisannya "Tanaman Padi Kampung Jelapang - petani terus dizalimi" yang telah diterbitkan dalam Buletinonline.

Beliau juga menyatakan kesediaannya untuk bertemu dan memberikan satu salinan nama pemilik berserta senarai lot pemilik tanah padi tersebut kepada Exco Pertanian itu, sekiranya Ashaari masih 'belum jumpa' senarai tersebut.

Ulasan