KUALA TERENGGANU - Tindakan penguatkuasa undang-undang Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengunci tayar pemilik kenderaan dipetak ‘parkir bermeter’, sebaik sahaja mendapati ‘meter parkir’ tidak mempunyai nilaian wang, adalah tidak wajar.
Seorang warga bandaraya, Encik Zabidi Yusuf berkata beliau tidak mempertikaikan peruntukan undang-undang bahkan sebagai seorang peguam, beliau menjunjung tinggi peruntukan undang-undang yang sedang berjalan.
Namun begitu, merujuk kepada insiden keretanya ‘TAQ 52’ yang dikunci semalam, Isnin 31 Oktober, beliau menggesa kerajaan masakini atau bakal kerajaan akan datang, mengkaji samada penggunaan parkir bermeter adalah relevan atau sebaliknya.
Beliau berkata demikian kerana menurutnya, Terengganu sebagai negeri yang kaya dengan hasil royalti minyak sepatutnya mengutamakan kebajikan rakyat.
"Kebajikan rakyat perlu diutaakan bukan hanya dalam konteks memberi bantuan kepada orang miskin, tetapi (kebajikan itu) juga menghormati warga kota yang berurusniaga dalam bandaraya Kuala Terengganu, dengan menyediakan ruang-ruang 'parking' percuma,"sarannya dalam sidang media disini.
Menurutnya, ia akan menggalakkan kedatangan dan kebanjiran pengunjung-pengunjung ke bandaraya Kuala Terengganu.
Beliau menekankan, sekiranya kerajaan boleh memberikan subsidi harga tiket perlawanan bola sepak dengan diskaun sebnyak lima puluh peratus, mengapa tidak kerajaan menyediakan parkir percuma.
"kerajaan sanggup memberi 50% diskaun berjumlah RM750,000, mengapa tidak dalam konteks kita nak menjaga kebajikan rakyat, yang rata-ratanya masih ditahap miskin dan pertengahan, kita hapuskan 'parking lot' ini,"tegasnya.
Beliau turut mencadangkannya kepada kerajaan baru selepas pilihanraya ke-13 akan datang.
Sehubungan itu, beliau mengumumkan penubuhan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang diberi nama Kelab Warga Prihatin Rakyat Terengganu (Prihatin).
Menurutnya, kelab tersebut adalah bebas dan berkecuali bertujuan membawa mesej serta suara rakyat Terengganu termasuk warga kota di bandaraya ini.
Katanya, Kelab itu juga bersedia menerima segala aduan rakyat yang tidak berpuas hati dengan perjalanan mana-mana agensi atau pihak berkuasa kerajaan samada diperingkat daerah ataupun negeri.

Ulasan