KUALA TERENGGANU
- PAS masih berhati-hati dengan keputusan Suruhanjaya Pilihanraya
Malaysia yang mengumumkan akan menggunakan kaedah celup jari dengan
dakwat dalam pilihanraya akan datang.
Menurut Presidan PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang , ia merupakan usaha PAS , rakan-rakan dalam Pakatan dan seluruh rakyat, melakukan reformasi dalam demokrasi.
Katanya, pemulihan demokrasi tidak akan berjaya sekiranya kerajaan yang memerintah Negara tidak bersungguh menyokong usaha tersebut.
“isu pemulihan demokrasi. PAS menyertai bersama rakan-rakan lain untuk membuat reformasi dalam demokrasi, tapi dengan syarat kerajaan mestilah bersungguh (mahu lakukan perubahan),
“(bagi) mengelakkan penipuan yang (kaedah) celup jari (dengan) dakwat itu dah diterima, kita tunggu dan lihat,”katanya kepada pihak media di Wisma Darul Iman Rabu 7 Disember (gambar)
Beliau menegaskan, pilihanrya umum ke-13 tidak sepatutnya diadakan kecuali beberapa perubahan penting telah dilakukan dalam sistem pilihanraya.
Antaranya kata beliau adalah, pembersihan daftar pemilih dan kebebasan media.
“pembersihan daftar pemilih (penting bagi) mengelakkan penipuan dan kebebasan media untuk semua parti politik sebagaimana diamalkan dinegera-negara lain, negara-negara Asean contohnya Indonesia sudah berubah (dan) Thailand sudah berubah,
“media cetak dan elektronik bukan saja hak kepada parti yang memrintah termasuk parti-parti yang bukan memerintah supaya rakyat boleh mendengar kerana media adalah saksi (dan) rakyat adalah hakim,”jelasnya.
Menurutnya, rakyat tidak mungkin boleh membuat penghakiman yang adil sekiranya hanya mendengar dari sebelah sebelah pihak sahaja.

Ulasan