Gerakan menentang ‘perampas tanah’ bermula; Haji Salleh seru Melayu kikis ‘minda ayam daging’


DUNGUN – Bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahgian Kuala Nerus, Haji Salleh Embong menyeru seluruh rakyat, khususnya ahli-ahli Umno mengikis ‘minda ayam daging’ yang ditanam oleh Umno dan Barisan Nasional dalam pemikiran rakyat.

Menurutnya, minda tersebut telah melemahkan orang Melayu sehingga tidak mampu berdikari dan melawan kerajaan walaupun kerajaan tersebut melakukan kezaliman terhadap rakyat.


“Kerajaan Umno/BN ini telah tanamkan dalam minda rakyat kita ni, minda bergantung kepada kerajaan, minda bergantung kepada Umno, dia jadikan rakyat kita ini jadi macam ayam daging.

“ayam daging ni, kalau pukul 9 pagi tu, kalau dia tak tengok tuan dia, dia dah letih. Nyawa dia, rezeki dia pada tuan dia, bukan nyawa dan rezeki daripad Allah,”jelasnya ketika berucap di Kampung Limbong Paka, pada Isnin 12 Disember.

Sebaliknya kata beliau, rakyat mestilah memiliki sikap seperti ‘ayam kampung’ yang boleh mencari makan, hidup dan segar, walaupun tanpa kehadiran tuannya.

Mengulas isu pemberian ‘one-off’ RM100 dan bantuan RM500 yang diberikan oleh kerajaan BN, beliau berkata orang ramai berhak mengambil wang tersebut tanpa rasa terikat dengan Umno/BN kerana ia adalah ‘wang’ rakyat.

“kita harus ingat RM500 (yang diberi bukan duit orang Umno, (ia) duit kerajaan yang dikumpul oleh (dari) pembayar cukai , hasil petroleum dan lain-lain, bakpe (kenap) pulak kita malu nak ambil, kita (boleh) ambil. Bakpe (kenapa) pulak yang kita nak terikat dengan dia?,”soalnya.

Haji Salleh yang telah secara rasminya keluar dari Umno dan meneyertai PAS, telah menyerahkan borang keahliannya kepada Naib Presiden, Salehuddin Ayob pada Jumaat, 9 Disember lalu.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Banggol Donas, sejak beberapa bulan yang lalu, telah menggerakkan kesedaran dikalangan rakyat tentang hak-hak rakyat terhadap tanah.

Menurutnya, rakyat tidak boleh berkompromi dengan kerajaan yang menceroboh tanah rakyat dan tidak ada sebarang pembangunan yang boleh dilaksanakan tanpa persetujuan pemilik tanah.

[Gambar - papan tanda amaran yang diletakkan oleh penduduk Banggol Donas yang menentang pencerobohan tanah mereka oleh kerajaan Umno Terengganu]

Justeru beliau mengajak seluruh rakyat bersama-sama membuat satu perubahan, menggantikan Umno dengan PAS dalam pilihanraya umum yang ke-13 akan datang.

Jadi, harapan saya, marilah sama-sama, kita buat satu perubahan , perubahan untuk masa depan anak-anak kita, bukan untuk kita, dan (karana) kita akan dipersoalkan oleh anak-anak kita, apa yang ayah dan emaknya buat, membiarkan kerajaan yang melakukan pembaziran, kezaliman dan penganiyaan,”tambahnya

Ulasan