KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu didesak memberi penjelasan tentang kekeliruan yang ditimbulkan mengenai hasil pendapatan negeri.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak (gambar) berkata dalam pembentangan Bajet 2011 lalu disebut “royalti” sebagai pendapatan negeri Terengganu.
Kemudian, katanya dalam Bajet 2012 yang dibentangkan hari disebut pula sebagai “Dana Khas” adalah hasil negeri Terengganu.
“Kekeliruan yang timbul berkaitan dengan pendapatan hasil kerajaan. Dalam Bajet 2011 terdahulu hasilnya disebut wang royalti yang menjadi 90 peratus hasil sumber negeri.
“Dalam Bajet 2012, ditukar menjadi ‘Dana Khas’. Kita (rakyat) pun tidak faham dana khas atau royalti.
“Ini kerana, Perdana Menteri (Najib) pernah datang pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu mengistiharkan beri royalti. Dalam buku bajet hari ini jelas disebut ‘dana khas’.
“Saya pun jadi pening hendak melihat sumber hasil negeri yang 90 peratus masih bergantung kepada dana khas pemberian ‘ehsan’ kerajaan pusat,” jelasnya ketika membahaskan Bajet 2012, di Mesyuarat Ketiga Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ke-12, di Wisma Darul Iman, dekat sini, 5 Disember lalu.
Beliau mendakwa sumber hasil negeri sebenar hanya RM176.8 juta dan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan pun tidak mencukupi.
Menurutnya, Terengganu yang diperintah oleh sebuah kerajaan yang ‘bijaksana’ hanya bergantung kepada 90 peratus sumber hasil pemberian dana khas kerajaan persekutuan.
Katanya, pemberian royalti ditangguhkan mungkin kerana kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak yakin mampu mempertahankan negeri ini.
“Sumber hasil negeri sebenar (tidak termasuk royalti) hanya RM176.8 juta dan hendak bayar gaji kakitangan kerajaan pun tidak cukup. Itulah kedudukan kewangan kerajaan yang ‘bijaksana’ memerintah Terengganu ini.
“Mungkin juga pada pilihan raya akan datang ini, kerajaan Umno-BN sudah rasa tidak boleh bertahan lagi. Jika diberi royalti dan PAS perintah, PAS akan dapatlah. Tapi jika dana khas dia (BN) boleh main pula sekali lagi,” ujarnya.

Ulasan