KEMAMAN – Kejadian ombak besar yang berlaku di beberapa daerah di negeri ini turut melanda Kampung Geliga di sini pada Isnin 12 Disember lalu.
Badai musim tengkujuh itu telah mengakibatkan sekurang-kurangnya lima buah rumah rosak dan tidak kurang 30 orang bakal kehilangan tempat berteduh.
Penduduk terbabit hanya mampu ‘mengalirkan airmata’ ketika ditemui skuad Buletinonline, kerana tidak tahu, ke manakah mereka akan membawa diri.
Apabila ditanya, adakah wakil rakyat Umno dan Barisan Nasional bagi DUN berkenaan telah mengambil perjalanan, mereka hanya bungkam sementara menyapu airmata yang membasahi pipi.
Norizan bt Osman, 47, seorang suri rumahtangga berkata, sudah setahun beliau menunggu wakil rakyat mengotakan janjinya, memberikan sebuah tapak rumah yang baru dan selamat untuk didiami.
Katanya, wakil rakyat terbabit berjanji sebaik rumah mereka mengalami kejadian yang sama pada tahun lalu.
“tahun lau, selepas omabk besar melanda lebih kurang macam ni lah, pihak wakil rakyat berjanji, akan carikan tempat baru, untuk kami sekeluarga,
“tapi sampai hari ni, kami dilanda ombak lagi, tak dok khabar berita dari YB,”ujarnya dengan perasaan hiba.
Suami Norizan, Wan Zakaria Wan Jusoh, 62, adalah seorang buruh kasar yang tidak berkemampuan untuk membeli rumah atau pun tanah.
Pendapatan yang diperolehi hanya mampu menyara kehidupan, makan minum dan pakai, mereka sekeluarga.
“Nak baiki rumah ni pun saya tak mampu, apa lagi nak beli tanah atau nak beli rumah, cukup bulan hanya cukup untuk makan minum saya dan keluarga,”katanya.
Selain mereka, Shahazat bt Mat Ali, 41, turut merayu kepada pihak kerajaan negeri Terengganu supaya dapat memberikan bantuan bagi menjamin kehidupan masa depan.
Shahazat yang juga seorang guru tadika, masih mengharapkan slogan ‘merakyatkan pembangunan dan pentadbiran’ yang dicanang oleh kerajaan, bukanlah hanya slogan kosong.
“saya merayu, pihak berkenaan, agar dapat memberikan perhatian kepada kehidupan penduduk di sini,
“saya masih percaya, ada pihak yang akan menolong, walaupun sehingga kini, janji hanya tinggal janji,”katanya.
Suami Shahazat, Zulkifli Jusoh, 45, bekerja sebagai seorang pemandu lori yang memperolehi pendapatan hanya RM800 sebulan.
Katanya, dalam keadaan barang keperluan yang semakin meningkat, pendapatan sebanyak itu tidak cukup untuk mereka sekeluarga.
Sehubungan itu, Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai, Haji Hanafiah Mat ketika dihubungi berkata, kerajaan Umno dan BN Terengganu sepatutnya mendahulukan rakyat, bukan mendahulukan koperat.
[Gambar kanan - Norizan, berbaju kuning, menerima bantuan segera, berupa barang makanan keperluan harian, yang disumbangkan oleh Majlis Tindakan DUN (PAS) Chukai]
“Kan slogan rakyat didahulukan, sepatutnya rakyat yang terlebih dahulu dibantu, bukan koperat, tetapi sebaliknya,
“MB Mad Said boleh meluluskan segera tanah dan membina hypermarket Giant di Kijal, macam kilat,
“tetapi untuk lima keluarga yang susah ini, yang berhadapan dengan hidup dan mati, permohonan mereka ‘slow’, macam siput babi,”tegas Hanafiah.
Menurutnya, pada awal tahun 2011, ketika keluarga yang sama telah dilanda ombak, beliau telah meminta supaya kerajaan bertanggungjawab dan bertindak segera.
Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata, InsyaAllah, sekiranya PAS diberi mandat memerintah semula pada pilihanraya akan datang, ia akan menjadi keutamaan.
“saya bukan berjanji, macam janji Umno, tapi memang telah ada dalam manifesto PAS Terengganu, akan meneruskan dasar berkebajikan, memberikan tanah untuk tapak rumah, kepada rakyat yang tidak memilikinya,”jelasnya.
Ulasan