Mengapa hanya murid sekolah kerajaan sahaja dapat bantuan?

KUALA NERUS - Hak rakyat Malaysia khususnya pembayar cukai dibeza-bezakan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional yang disifatkan tidak adil dalam memberikan bantuan.

Pemuda PAS Terengganu mempersoalkan mengapakah bantuan 'One-Off'' RM100 yag dagih-agihkan hanya diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di sekolah erajaan sahaja.

Menurut Timbalan ketuanya, Ustaz Ridzuan Hashim, murid-murid sekolah swasta dan sekolah agama rakyat dinafikan bantuan tersebut.


"Mengapa hanya beri bantuan kepada murid-murid (yang bersekolah) disekolah-sekolah kerajaan, mengapa murid-murid sekolah swata tidak dapat, ibu bapa mereka juga adalah pembayar cukai,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sumbangan Bntuan Awal Persekolahan anjuran Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat di Teluk Pasu dekat sini pada Jumaat Disember.

Sehubungan itu, tegasnya, negara menjadi rosak kerana pembangunan yang dilaksanakan tidak menjadikan Islam sebagai asas.

Memetik kata-kata Imam Ghazali, beliau berkata, agama adalah asas atau tapak, barang yang tiada asas akan runtuh dan pengawalnya adalah kuasa politik yang menjaga agama.

Beliau mendakwa, kes bumbung stadium Sultan Mizan yang runtuh adalah disebabkan oleh pembangunan infrastruktur yang tidak berasaskan agama.







Ulasan