Pemukiman DUN Chukai; 100 hari menjelang kemenangan.


KEMAMAN – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai menggariskan gerak kerja secara harian selama 100 hari menjelang pilihanraya umum ke-13 yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Pengarahnya Haji Hanafiah Mat meletakkan perkara tersebut antara empat objektif  Pemukiman DUN Chukai yang sedang berlangsung selama tiga hari di Cheneh, dekat sini, bermula Jumaat 16 Disember.


“Yang pastinya, selepas (pemukiman) ini, pimpinan peringkat DUN mesti membuat gerak kerja harian, bukan lagi gerak mingguan, atau bulanan,

“InsyaAllah dalam masa 100 hari inilah kita bergerak dari sehari ke sehari (menuju kemenangan),”ujarnya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Program berkembar, Jati Diri Remaja bersekali Pemukiman DUN Chukai.

[Gambar - sebahagian remaja yang sedang mengikuti majlis perasmian Pemukiman dan Kem Jati Diri Remaja yang dianjurkan oleh PAS DUN Chukai]

Menurutnya, bagi memastikan PAS akan dapat menggantikan Umno di DUN Chukai, para petugas mestilah gigih melaksanakan amanah sebagaimana yang telah ditetapkan.

Antara tugas yang dilakukan setiap masa dalam tempoh 100 hari ini adalah menemui ‘para pelanggan’ bagi memberitahu kepada mereka sudah sampai masanya mereka memberi kepercayaan kepada PAS memerintah egeri Terengganu.

“kita akan bertemu dengan para pelanggan kita, ‘orang-orang atas pagar’, ahli-ahli Umno dan para penyokong Umno,

“untuk memberitahu mereka, sudah sampai masa dan ketikanya mereka meyokong PAS (dalam pilihanraya ke-13),”jelasnya.

Menurutnya, PAS DUN Chukai membelanjakan kewangan yang agak besar bagi menganjurkan program terbabit, membiayai seramai 400 orang peserta, demi mencapai matlamat utama, semata-mata kerana menegakkan ugama Allah SWT.

Ketua Dewan Pemuda PAS yang juga Ustaz Mohd Nor Hamzah meyempurnakan Majlis Perasmian program ‘kembar’ yang julung-julung kali diadakan.

Ulasan