15 Disember 2011

Projek Bio-Tek TADC dihentikan kerugian jutaan ringgit?


KUALA TERENGGANU
- Kerajaan negeri Terengganu dan anak-anak syarikat serta subsidiari yang terlibat secara langsung dengan sektor pertanian diminta supaya tidak menganiayai para pekerja rakyat negeri yang berkhidmat dengan syarikat terbabit.

Pengerusi Lujnah Pertanian dan Pembangunan Asas Tani PAS Negeri Terengganu, Haji Muhyiddin Abdul Rashid berkata rakyat sedang melihat perkembangan yang berlaku secara dekat.
Beliau berkata, pihak terbabit tidak boleh menyembunyikan apa yang berlaku dan kerajaan negeri berserta syarikat-syarikat terbabit tidak boleh berlepas tangan dan mesti bertanggunggjawab.

"Kita melihat secara dekat perkembangan yang berlaku dalam kerajaan negeri, anak-anak syarikat dan subsidiari yang terlibat dengan sektor pertanian,

"kita juga mempeunyai maklumat lengkap perjalanan aktiviti bersangkut paut dengan bidang pertanian, pihak-pihak terbabit 'jangan lontar batu sembunyi tangan',"ujarnya ketika menghubungi Buletinonline.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata demikian dalam mengulas laporan yang diterima oleh pihaknya, ada anak syarikat atau subsidiari kerajaan negeri Terengganu yang akan 'membuang pekerja' sesuka hati.

Menurutnya, walaupun mereka adalah para pekerja kontrak atau sementara, namun implikasi memberhentikan mereka dari sesuatu kerja akan melibatkan seluruh isi rumah atau satu keluarga.

"Kita ambil contoh, pembuangan para pekerja Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC) baru-baru ini, semakan kita mendapati, salahlaku adalah satu alasan untuk membuang mereka,

"sebenarnya, syarikat terbabit menghadapi masalah kewangan kerana tidak diuruskan dengan baik,"katanya.

TADC menurut beliau, adalah syarikat yang 'sakit' sejak tahun 2007 lagi, berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara, syarikat terbabit telah pun rugi sebanyak RM3.45 juta.

Bekas Ahli Palimen Hulu Terengganu itu juga menegaskan, ekoran dari pemberhentian pekerja TADC itu, rakyat Terengganu telah mengalami kerugian berganda.

"Projek ternakan ikan di Sungai Como terjejas dan sebuah bangunan yang diserahkan kepada TADC untuk aktiviti bio-teknologi di Pusat Pertanian Ajil bernilai RM4 juta kini menjadi 'seekor lagi gajah putih',

"banyak laporan yang kita terima tentang kegagalan projek-projek dibawah TADC sperti Fertigasi Mega, Sutratani, Jagung Hybrid dan Kaprima, semuanya sudah tidak produktif,"jelasnya.

Justeru, beliau mengingatkan supaya kerajaan negeri tidak meneruskan tindakan untuk membuang para pekerja beberapa buah lagi anak-anak syarikat dan subsidiari yang mengalami kerugian kerana ia bukannya salah para pekerja terbabit.



Tiada ulasan:

Rayuan Pembangunan Semula Gaza

Pegawai Palestin pada hari Isnin menggesa masyarakat antarabangsa menghulurkan bantuan kepada Gaza untuk membina semula wilayah tepi laut da...