Pulau Bebas Cukai atau Pulau Bebas Balak?

HULU TERENGGANU - Kerajaan Umno dan Barisan Nasional disifatkan hanya 'hangat-hangat tahi ayam' dalam membangunkan Pulau Bebas Cukai di Pulau Bayas Tasik Kenyir.

Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu Haji Muhyiddin Abdul Rashid berkata sudah lebih setahun Menteri Besar Dato' Ahmad Said meuar-uarkan pembangunan pulau tersebut, namun perkembangannya sangat mendukacitakan.


"baru sahaja buat lawatan ke tapak yang dikatakan akan dibangunkan sebagai kawasan bebas cukai di Pulau Bayas dan kita telah lihat sendiri setakat mana perkembangan yang berlaku di pulau tersebut dan saya buat kesimpulan bahawa kerajaan adalah hangat-hangat tahi ayam sahaja,

"dalam usaha hendak membangunkan Pulau Bayas khasnya dan juga tasik Kenyir pada umumnya."katanya ketka ditemui pada 28 November

Menurutnya, sehingga kini tidak ada satu pun bangunan yang didirikan di atas tapak yang dilaporkan membelanjakan hampir ratusan juta ringgit wang rakyat.

Beliau berkata, hanya sekadar laluan kabel elektrik yang didirkan, sedang kerja-kerja awal pembangunan tersebut belum bermula.

"kerja meratakan tanah, side office, tapak parking, tapak segala kelengkapan sepatutnya lebih awal disiapkan, barulah kita yakin bahawa kerajaan begitu serius nak membangun pulau bebas cukai ini,

"tapi dah lebih setahun tak buat apa-apa, melainkan laluan untuk megeluarkan balak (dan) bagi mendirikan  tiang-tiang kabel elektrik. itu sahaja,"jelasnya.

Beiau yang juga Setiausaha PAS Kawasan Hulu Terengganu menganggap, projek pulau bebas cukai itu hanya 'gimik pilihan raya'.

"tidak cukup kuat untuk kita katakan bahawa kerajaan benar-benar (mahu) memajukan Tasik Kenyir, saya masih buat anggapan bahawa kerajaan hanya mencipta gimik bagi menghadapi pilihan raya ini,

"untuk menarik sokongan rakyat, khususnya di Hulu Terengganu ini,"tegasnya.

Oleh itu, beliau menambah, rakyat akan sentiasa mengharapkan sesuatu daripada kerajaan dan dengan cara itu katanya, mereka seolah-olah 'digula-gulakan' dengan projek yang begitu besar.

Sebenarya, menurut beliau, ia adalah hanya satu angan-angan, yang dicipta untuk menarik sokongan rakyat, kepada parti Umno dan Barisan Nasional.

justeru, beliau menyeru supaya rakyat sedar permainan politik Umno dan bangkit menolak parti itu dalam pilihanraya ke-13 akan datang.

Ulasan