Sikap Umno Terengganu tidak mahu laksana Hudud amat menyedihkan, kata Aziz Bari


DUNGUN - Tindakan kerajaan Umno Terengganu memberikan pelbagai alasan menangguhkan perlaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) adalah amat mengecewakan.

Pakar Perlembagaan, Professor Dr Abdul Aziz Bari berkata, dari segi undang-undang, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu dan diperkenankan oleh Sultan pada tahun 2002, tidak patut ditangguhkan perlaksanaannya.


Soal alasan teknikal, persiapan dan prasarana dalam melaksanakan hukum Allah tersebut menurutnya hanya boleh dilihat apabila  dilaksanakan

“Sepatutnya dari segi undang-undang, ia sepatutnya tidak ditangguhkan, masalah prasarana itu, saya rasa hanya boleh dilihat kalau dilaksanakan.

“ertinya, kalau tidak dicuba, tidak dilaksanakan, macamana kita nak tahu samada ia boleh dijalankan atau tidak,”ujarnya ketika diminta mengulas kenyataan kerajaan semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri yang bermula pada 5 Disember dan tamat hari ini.

Dr Aziz berkata demikian ketika ditemui Buletinonline, selepas menyampaikan ucapan pada Majlis Minum Petang (Hi-Tea) yang dianjurkan oleh NGO Waris, di sini, pada Khamis 8 Disember,

Katanya, ia amat mengecewakan kerana kerajaan Terengganu yang diterajui oleh parti yang sama dengan kerajaan pusat, sepatutnya ia perlaksanaan hukum tersebut adalah lebih mudah.

“Kalau kerajaan negeri memrlukan bantuan dan kerjasama dengan kerajaan pusat sepatutnya dengan parti yang sama,

“itu seharusnya menjadi satu pemangkin, memberi lonjakan ataupun memudahkan perlaksanaannya,”jelasnya.

Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu juga menegaskan, beliau tidak nampak ada sebarang masalah bagi kerajaan Terengganu dalam melaksanakan perundangan itu.

Beliau juga menzahirkan rasa dukacita kerana menurutnya, Umno sebenarnya sudah faham tentang kedudukan hukum itu keatas orang Islam namun tidak meneruskan perlaksanaannya semata-mata kerana politik.

“Sekarang ni saya tengok sesiapa pun, baik Umno sendiri sudah faham, Cuma saya rasa yang menyedihkan (adalah) mereka melebihkan politik (dari mahu melaksanakan Islam), kalau dah faham, dah setuju, dah terima buat sajalah,

“macam di Terengganu, benda sudah disiapkan, Enakmen sudah disiapkan, apa lah yang ditunggu?,”katanya.

Turut hadir dalam Majlis Hi-Tea tersebut adalah ADUN Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly, Setiausaha PAS Kawasan Dungun Norul Azhar dan Pengerusi Waris, Ustaz Roslan Ismail

Ulasan